Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kangaroo Island

Southern Ocean Lodge

Southern Ocean Lodge yang memenangi anugerah adalah contoh unggul pengalaman mewah di Australia. Direka bentuk untuk terapung di antara keindahan dramatik pesisiran pantai barat daya Kangaroo Island, di mana ikon semula jadi bersaing dan Antartika adalah hentian seterusnya nun jauh di ufuk, rumah penginapan bertaraf dunia ini menawarkan kemewahan tanpa bandingan dalam suasana unik Australia.
Di tengah-tengah rumah penginapan, ruang istirahat yang luas dan ceria menawarkan pemandangan lautan yang menusuk jiwa. Anda boleh menikmati makan malam gaya pulau yang lazat sekali di restoran, atau minum dengan santai di bar terbuka dengan pilihan wain Australia Selatan yang eksklusif.

Pengembaraan berpandu yang hebat menjemput tetamu untuk melihat hidupan liar yang banyak dengan mata sendiri; manakala Southern Spa yang terlindung menyediakan rawatan terkenal dengan botani Kangaroo Island untuk merehatkan dan menyegarkan diri. Di Southern Ocean Lodge, pemandangan indah, rombongan yang disesuaikan, khidmat mesra dan tarif termasuk semua yang sangat berpatutan bersama-sama menawarkan pengalaman unik Kangaroo Island.

 

CLOSE