Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kangaroo Island

Kangaroo Island Sailing

Kangaroo Island Sailing menawarkan pengembaraan berlayar mewah yang anda tidak akan lupakan. Berlayar menyusuri pesisiran Semenanjung Fleurieu yang menakjubkan di atas Lady Eugenie yang gah, sebuah kapal layar klasik sepanjang 21-meter. Cubalah mengemudinya atau duduk, bersantai dan biarkan anak kapal membawa anda ke suak rahsia dan air penuh dengan ikan lumba-lumba, sementara anda menikmati pemandangan sambil menghirup champagne. Sama ada berlayar pada waktu siang atau senja, perjalanan ini penuh dengan pemandangan indah, hidupan liar yang mesra dan makanan serta wain yang hebat. ‘Pengembaraan Tiga Hari’ Kangaroo Island memiliki segalanya - dua malam di atas Lady Eugenie yang gah menginap di dalam bilik tidur berkatil ratu dengan bilik mandi peribadi, berlabuh di tempat terpencil di pesisiran pantai Kangaroo Island lengkap dengan hasil tempatan segar yang enak dimasak oleh chef kapal, membolehkan anda bersantai, meneroka dan berehat.

CLOSE