Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kangaroo Island

Kangaroo Island Wilderness Retreat

Kangaroo Island Wilderness Retreat adalah rumah rehat mesra alam yang terletak di tempat terpencil - dalam suasana tanah belukar semula jadi yang menawarkan penginapan mesra, makanan dan wain yang lazat sekali serta perkhidmatan diperibadikan yang tiada tandingan. Kangaroo Island Wilderness Retreat adalah satu-satunya kompleks penginapan yang bersebelahan dengan pintu masuk Flinders Chase National Park dan berdekatan dengan banyak tarikan semula jadi utama pulau tersebut. Terletak di tempat terpencil di antara 113 ekar suasana desa yang indah, rumah rehat ini saling harmoni dengan persekitarannya melalui campuran unik ciri mesra alam dan kemudahan tetamu yang eksklusif. Berendam di dalam air biru jernih dan daki puncak cenuram pada waktu siang, kemudian santaplah hasil tempatan dan wain Australia pada waktu malam. Kangaroo Island Wilderness Retreat membawa anda ke tempat-tempat utama hidupan liar Australia untuk pengalaman percutian yang unik.

CLOSE