Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat tarikan Great Barrier Reef

Lihat tarikan Queensland

Lizard Island

Lizard Island

Pulau Lizard adalah sebuah pulau berbatu yang cantik di lautan biru cerah di mana anda akan berasa cukup terlindung daripada pandangan orang lain di dunia ini. Berlatarbelakangkan taman negara yang luas dan disempadani dengan pantai peribadi yang putih menyerupai serbuk, di mana air biru firus menyentuh pantai, Pulau Lizard terletak di kawasan paling utara di Great Barrier Reef Australia yang merupakan senarai Warisan Dunia.

Kawasan tropika tersembunyi, bebaskan diri dalam taman permainan akuatik yang terbaik di dunia

Pulau Lizard terkenal di persada dunia untuk aktiviti menyelam skuba dan bersnorkel. Taman terumbu karang yang mengelilingi pulau di mana siput kekima bersantai di dasar laut dan ikan tropika yang menyilaukan dan berwarna-warni sentiasa mengawasi. Pulau Lizard juga merupakan titik yang paling hampir ke Cod Hole, salah satu daripada tempat menyelam yang terkenal di Great Barrier Reef. Terumbu reben yang berdekatan mempunyai antara aktiviti memancing ikan buruan besar yang paling menarik di dunia. Tidak kira sama ada anda merupakan nelayan buruan besar yang berpengalaman atau ini merupakan kali pertama anda, pemancingan ikan buruan besar untuk ikan Black Marlin adalah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Sewa kapal persiaran mewah untuk sehari di terumbu luar, atau jika anda hanya ingin bersantai, sediakan makanan untuk perkelahan gourmet yang enak dan anda boleh membebaskan diri ke pantai tinggalan persendirian anda di mana satu-satunya tapak kaki yang mungkin boleh anda lihat di atas pasir adalah tapak kaki anda sendiri.

Untuk sampai ke pulau dengan kapal terbang persendirian dan hanya untuk 80 pelawat sahaja pada satu masa, percutian eksklusif ini adalah percutian yang paling sempurna bagi mereka yang menghargai privasi dan keanggunan dalam kawasan sekeliling alam semula jadi yang menakjubkan.

CLOSE