Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Bermain golf di Royal Melbourne Golf Course

Royal Melbourne Golf Club terkenal sebagai padang golf yang dianggap terbaik di Australia dan antara sepuluh terbaik di dunia. Royal Melbourne telah menganjurkan pelbagai pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Ia telah dipilih oleh PGA Tour untuk memegang Piala Presiden untuk kali pertama di luar Amerika Syarikat pada Disember 1998 dan menganjurkan acara itu sekali lagi pada tahun 2011. Ia sebuah kelab golf tertutup, namun pelawat dibenarkan masuk. Bagaimanapun, padang golf ini tidak sesuai untuk mereka yang baru bermain golf. Kad pengenalan ahli dan surat pengenalan dari rumah kelab pemain adalah diperlukan. Royal Melbourne Golf Club terletak di Black Rock, di sepanjang persisiran pantai teluk Melbourne, kira-kira 23 kilometer dari daerah perniagaan utama Melbourne.

 

CLOSE