Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Belon udara panas merentasi Melbourne

Melbourne adalah satu-satunya bandar raya di dunia di mana anda boleh terbang merentasinya
di dalam belon udara panas. Ketika bandar raya ini mulai hidup pada waktu pagi, anda boleh terapung merentasi taman-tamannya yang banyak dan melihat beberapa bangunan ikonik dan tempat sukan seperti Melbourne Cricket Ground, Melbourne Park dan Balapan Lumba Albert Park.

Global Ballooning adalah syarikat belon udara panas terbesar di Victoria yang menawarkan penerbangan merentasi Melbourne, Lembah Yarra dan Mansfield 'High Country'. Global Ballooning memberikan tumpuan kepada menyediakan pengalaman menaiki belon yang berpanjangan, dengan menitikberatkan aspek keselamatan, keseronokan dan keselesaan penumpang. Kakitangan syarikat yang peramah dan sangat terlatih mempunyai pengetahuan luas tentang semua lokasi penerbangan, jadi tetamu boleh merasai lebih daripada sekadar keseronokan pengembaraan 'lebih ringan daripada udara' semasa melawat Victoria. Penerbangan berlangsung selama kira-kira satu jam.

 

CLOSE