Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Lawatan Rahsia Tersembunyi lorong-lorong dan arked Melbourne

Lawatan Hidden Secrets Tours menyediakan pengenalan unik pada budaya lorong Melbourne yang meriah. Terokai Melbourne dengan lebih mendalam, penuh dengan aktiviti kreatif dan dipenuhi dengan kafe yang dihias indah dan kedai-kedai pereka tempatan. Pasukan penganjur lawatan Hidden Secrets telah mereka pelbagai pilihan untuk pelawat, dengan fokus kepada pengalaman menikmati bandar dan bakat rekaan tempatan yang wujud di hab kreatif Australia. Melbourne adalah bandar raya yang hebat untuk dijejaki, jadi kebanyakan jadual lawatan adalah di pusat bandar. Temui pemilik kedai dan karakter tempatan, berseronok dengan budaya kafe, nikmati kepelbagaian hidangan dan carilah rahsia terbaik membeli pakaian pereka. Kumpulan lawatan dikecilkan untuk mengekalkan pengalaman yang intim. Makanan, seni dan fesyen digabungkan dengan kekayaan sejarah dan seni bina akan mengasyikkan anda dalam inti pati budaya Melbourne.

 

CLOSE