Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Menjamu selera di restoran terbaik Melbourne

Vue de Monde, Attica dan Jacques Reymond dianggap sebagai sebahagian daripada restoran premium eksklusif Melbourne.

Shannon Bennett chef Vue De Monde dianggap salah seorang daripada chef terbaik Australia. Restoran bandarnya menggambarkan unsur romantis dan kecanggihan. Terletak di atas Rialto Building, Vue De Monde mempunyai pemandangan 360 darjah Melbourne.

Di Restoran Attica yang telah memenangi pelbagai anugerah, chef Ben Shewry mencipta hidangan moden yang penuh keseimbangan dalam suasana makan yang santai. Terletak di Ripponlea
di selatan pusat bandar, ia sangat mudah dilawati untuk mendapatkan pengalaman makanan eksklusif.

Tidak terbanding dalam pembuatan dan persembahan, hidangan klasik Perancis Jacques Reymond adalah inovatif dan kompleks. Terletak hanya sepuluh minit dari Melbourne CBD, restoran ini terletak di dalam rumah agam Victoria, yang dibina pada sekitar tahun 1880. Menampilkan taman yang berlandskap yang luas, tempat api terbuka dan tempat meletak kereta peribadi, rumah ini adalah mercu tanda di kawasan ini.

 

CLOSE