Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Ibu Kota Sukan

Melbourne terkenal sebagai ibu kota sukan Australia, dengan menganjurkan beberapa acara antarabangsa terhebat termasuklah Kejuaraan Tenis Terbuka Australian dan Grand Prix Formula 1 (TM). Lawatan ke Rod Laver Arena akan berikan anda perspektif dalaman dan pengalaman di belakang pentas salah satu tempat sukan dan hiburan paling dinamik di Melbourne.

Saksikan ahli sukan beraksi dalam perlawanan Australian Rules Football atau pertandingan kriket antarabangsa di Melbourne Cricket Ground. Lawatan ke stadium mengagumkan ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghidupkan semula memori sukan hebat mereka.

Melawat pada musim luruh ketika bandar raya ini menjadi meriah untuk karnival Piala Melbourne. Piala Melbourne yang dilangsungkan pada hari Selasa pertama bulan November adalah salah satu perlumbaan kuda terkaya di dunia. Acara ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kebangsaan Australia dan dihadiri oleh golongan elit, ahli politik dan beberapa individu terkaya dan terkenal di Australia.

CLOSE