Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Padang Kriket Melbourne

Melbourne Cricket Ground (MCG) telah dibina pada tahun 1853 dan sejak itu telah mewujudkan sejarah mengagumkan yang setanding dengan stadium kriket lain di seluruh dunia. Dikenali orang tempatan sebagai 'G', stadium kegemaran Australia ini adalah tempat kelahiran Kriket ujian dan adalah kampung bagi Bola Sepak Peraturan Australia. Ia adalah stadium utama untuk Sukan Olimpik 1956, dan pada tahun 2006 menganjurkan upacara pembukaan dan penutup Sukan Komanwel 2006. Pertunjukan sukan lain yang pernah diadakan di sini termasuklah pusingan kelayakan Piala Dunia Australia, liga ragbi perlawanan tuan rumah dan pelawat serta State of Origin, dan kesatuan ragbi antarabangsa. Selain acara sukan, MCG telah menganjurkan banyak konsert blockbuster termasuklah Madonna, U2, Michael Jackson, Rolling Stones dan The Police, malah Pope John Paul II pernah mengadakan rapat umum di sana semasa beliau melawat Melbourne pada tahun 1986. Diuruskan oleh Kelab Kriket Melbourne, MCG juga ialah rumah bagi Muzium Sukan Nasional, tempat simpanan artifak dan sejarah sukan terbaik Australia. MCG hanyalah dalam perjalanan pendek dengan kereta api atau trem dari Melbourne CBD.

CLOSE