Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Festival Makanan & Wain Melbourne

Ratusan malah ribuan pencinta makanan dan wain berseronok setiap tahun di sambutan makanan dan wain Australia yang mendapat sanjungan antarabangsa. Setiap Mac, lebih 300 acara memenuhi rangkaian berselirat restoran-restoran, lorong-lorong, ruang bawah tanah suram dan ruang bumbung yang menggayatkan dan juga tersebar ke desa wain di wilayah Victoria. Ia adalah luahan sejati cinta Melbourne pada makanan dan wain.

Di sebalik kesibukan pesta, anda boleh meninjau ratusan acara makanan dan wain yang berlangsung setiap tahun di seluruh Victoria, mempamerkan apa yang menjadikan Melbourne
dan wilayah di sekitarnya taman permainan gastronomi. Rasai hasil-hasil bermusim segar Victoria, pasar makanan yang sibuk, chef-chef yang inovatif dengan restoran pemenang anugerah mereka, pakar pembuat wain, layanan yang paling mesra dan karya artisan yang komited.

CLOSE