Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Crown Entertainment Complex

Terletak di tebing selatan Sungai Yarra Melbourne, Crown menawarkan kombinasi menakjubkan teknologi terkini, kemewahan tanpa bandingan, dan pengalaman menjamu selera paling kosmopolitan dan terbaik di Melbourne bersama pemandangan Sungai Yarra dan garis langit bandar raya.

Terbentang seluas dua blok bandar, Crown menawarkan pilihan-pilihan yang memberi inspirasi dan berkualiti tinggi. Makan malam dan tempat membeli-belah rekaan bertaraf dunia, penginapan yang mewah, kasino dan hiburan secara langsung yang mengujakan hanyalah permulaannya. Sekiranya anda menghargai keanggunan, mencintai rekaan yang baik dan hidup demi gaya, anda akan sukakan Crown Entertainment Centre.

Kasino Crown adalah salah satu kemudahan perjudian terbesar di hemisfera selatan yang menawarkan pilihan perjudian individu dan awam yang luas dalam suasana yang meriah dan sofistikated.

CLOSE