Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Melbourne

Royal Exhibition Building - Tapak Warisan Dunia

Royal Exhibition Building Melbourne adalah salah sebuah balai tertua di dunia yang masih wujud. Asalnya, ia dibina untuk Pameran Besar tahun 1880. Ia menempatkan Parlimen Komanwel pertama dari 1901, dan adalah bangunan pertama di Australia yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

Direka oleh arkitek Joseph Reed yang juga mereka bentuk Melbourne Town Hall dan State Library of Victoria, rekaan eklektik ini dikatakan diinspirasikan daripada pelbagai sumber, termasuklah Florence Cathedral, unsur-unsur dari Byzantine, Romanesque, dan bangunan Renaissance Itali, dan beberapa bangunan dari Normandy, Caen dan Paris. Dalam satu lawatan ke Victoria pada tahun 1984, Puteri Alexandra, sepupu Queen Elizabeth II, mengurniakan anugerah diraja pada bangunan ini dan ia telah dirujuk sebagai Royal Exhibition Building sejak itu.

Untuk memahami sepenuhnya kepentingan bangunan ini dalam sejarah Melbourne, sertai lawatan berpandu yang bermula dari Muzium Melbourne di sebelahnya. Carlton Gardens
di sekitarnya juga dalam senarai Warisan Dunia sebagai contoh terbaik taman-taman lewat kurun ke-19. The International Flower and Garden Show,yang terbesar di Hemisfera Selatan, diadakan
di sini setiap musim luruh, mencetuskan rekaan dan warna-warna bungaan ekstravaganza
di dalam dan di kawasan luar.

CLOSE