Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat tarikan Melbourne

Lihat tarikan Victoria

Melbourne

Melbourne

Melbourne yang mempunyai pelbagai budaya adalah bandar yang artistik, canggih dan eklektik. Dengan saiznya yang padat, bandar ini terbahagi kepada beberapa bahagian dengan setiap satunya mempunyai suasana dan watak tersendiri.

Di sebalik seni bina era Victoria di jalan-jalan utama bandar, terdapat jaringan tersembunyi laluan dan lorong-lorong kecil. Di sini anda akan temui butik fesyen yang unik, kafe terselindung, bar dan restoran yang bergaya.

Sebuah bandar yang artistik, canggih dan mempunyai pelbagai budaya

Federation Square meliputi sepenuhnya satu blok bandar dan ia adalah pusat kreatif bandar ini. Salah satu ruang awam terhebat di dunia, ia dipenuhi festival budaya dan persembahan terbuka hampir setiap hari sepanjang tahun.

Di seberang jalan ialah sebuah ikon bandar, Flinders Street Station yang mengagumkan. Lintasi jambatan untuk ke Southbank, kawasan pasar seni dan santai terbaru Melbourne, dibarisi dengan kedai-kedai bergaya dan restoran terbuka. Saksikan persembahan di Melbourne Arts Centre atau Melbourne Concert Hall. Crown Entertainment Complex terkenal dengan penginapan kelas antarabangsa, kasino, restoran dan kedai yang menampilkan jenama fesyen antarabangsa.

Southbank berkembang kepada St. Kilda Road yang dibarisi pokok-pokok di mana anda boleh mengambil trem untuk ke galeri-galeri di selatan Melbourne atau ke Botanic Gardens dan terus ke perkampungan persisiran teluk.

Sungai Yarra menghidupkan pusat bandar. Berlayar, menunggang basikal, bersiar-siar atau bersantai di salah sebuah taman, restoran, bar dan ruang seni yang membarisi tebingnya.

Luangkan masa untuk menjelajah Melbourne dengan perlahan. Di setiap sudut, anda pasti menemui sesuatu yang baru dan berlainan.

CLOSE