Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan New South Wales

Sydney: Bandar raya pertama Australia

Dengan ikon Australia seperti Harbour Bridge, Opera House, dan Pantai Bondi, Sydney merupakan pintu masuk kepada banyak lagi tarikan di New South Wales. Meriah dengan feri dan kapal layar, Sydney Harbour yang bersinar adalah ibarat taman permainan di bandar raya ini, yang terbaik untuk belayar, berenang, atau hanya menikmati pemandangan persisiran. Alami gaya hidup pantai Sydney yang menakjubkan, dan anda bakal mengetahui mengapa penduduk Sydney memiliki antara taraf hidup yang terbaik di dunia.

Hari berkabus di Blue Mountains

Nikmati suasana pusat kesenian dan gastronomi ini dengan rumah tumpangan dan tempat peranginan mewah yang disenaraikan sebagai sebahagian warisan, makanan dan wain enak, rawatan spa serta kursus golf di atas cenuram. Terokai desa-desa yang menawan, penuh dengan galeri dan kedai antik. Cuba beberapa hidangan tradisional negeri dan wain terbaik di Australia di Huntley Vale. Terokai tubir keemasannya, ngarai yang dalam, sungai yang berliku serta hempasan air terjun.

Alami kemesraan di Byron Bay

Budaya luncur air klasik, iklim nyaman dan beberapa watak yang beraneka ragam, Byron Bay merupakan wadah tumpuan beberapa pengalaman Australia yang terbaik. Pantai berpasir sepanjang beratus kilometer menawarkan pengalaman luncur air dan menyelam yang istimewa. Melihat ikan paus daripada rumah api di atas cenuram. Bersantai di rumah rehat untuk kesihatan di dalam hutan hujan subtropika. Ia juga merupakan tempat pertama di Australia yang mendapat sinaran matahari pada setiap hari.

Dunia wain di Hunter Valley

Rasai kehidupan sempurna dengan penginapan bergaya, restoran eksklusif dan rumah rehat spa yang memenuhi segala keinginan. Nikmati wain merah kaya berhampiran unggun api pada musim sejuk. Lawati tempat simpanan wain di mana anda boleh bertemu dengan pembuat wain dan belajar rahsia mereka. Membeli belah barangan antik dan hasil seni tempatan. Bermain di lapangan pertandingan golf atau nikmati keseluruhan panorama daripada belon udara panas. 

 

 

CLOSE