Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Wilayah Utara

Ibu negeri kebudayaan Darwin

Percampuran budaya menarik, dengan gabungan festival yang menakjubkan, pasar malam tepi pantai yang mempesona, sejarah pemutiaraan, muzium dan suasana waktu senja yang cantik. Dikelilingi laut di tiga sempadannya, dengan kawasan belantara bertaraf dunia berdekatan, Darwin merupakan pusat terbaik untuk menikmati suasana santai Wilayah Utara sebelum meneroka taman negara yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia dan penuh dengan kekayaan budaya orang asli.

Tiada yang sehebat 'The Alice'

Alice Springs adalah antara bandar pedalaman yang terkenal di Australia. Di sini terdapat pelbagai cerita mengenai sejarah Australia; disokong oleh banyak watak, penunggang unta Afghan, doktor terbang dan pengembara. Rupa bumi padang pasir menjadikannya pengembaraan pedalaman yang tulen. Tunggang basikal, mendaki, berjalan di kawasan belukar, pandu kenderaan pacuan empat roda, berenang di kolam batu semula jadi, atau hanya berehat dan nikmati ruang yang terbentang luas.

Hati nurani dan jasmani Australia

Percutian di Australia tidak lengkap tanpa mengunjungi Uluru. Melihat warna matahari terbit bertukar dan terbenam pada 'batu ini' merupakan pengalaman Australia yang hebat. Pelajari adat dan undang-undang tanah daripada pemandu Aboriginal yang mengikuti langkah semangat keturunan. Nikmatinya daripada pelbagai perspektif - dengan helikopter, belon udara panas atau menaiki unta. Kata Tjuta yang penuh misteri juga mengagumkan.

Kawasan utara yang tidak lapuk ditelan zaman

Kakadu bukan sahaja tempat yang amat penting dari segi budaya, ia juga tempat hidupan yang istimewa dan penuh dengan hidupan liar. Lihat berjuta-juta burung di satu tempat. Mendengar kisah-kisah Dreamtime daripada budaya yang paling lama dan masih bertahan sehingga ke hari ini dan juga koleksi tertua seni batu di dunia. Kembara jauh ke Nitmiluk dan alami pengembaraan merentasi masa.

 

 

 

CLOSE