Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Queensland

Ibu kota Queensland yang meriah

Brisbane menggabungkan gaya hidup santai Queensland yang terbaik dengan pemandangan dan suasana sebuah metropolis utama. Memburu khazanah di kedai dan arked bergaya di Queen Street Mall, atau presint bohemian di The Valley. Berbasikal atau berjalan menyusuri pesisiran Sungai Brisbane; mendaki Story Bridge yang tinggi. Nikmati Queensland di dalam iklim tropikanya.

Yang bergemerlapan adalah Gold Coast

Hiburan malam yang penuh keriangan, hutan belantara yang menakjubkan, taman tema antarabangsa dan aksi yang pantas adalah antara beberapa sebab mengapa Gold Coast terkenal dengan keseronokan. Selain daripada pantai keemasan yang tiada penghujung, termasuklah Surfers Paradise yang terkenal di seluruh dunia, terdapat juga kedai barangan berjenama, padang golf bertaraf dunia, dan restoran pemenang anugerah. Kawasan pedalaman menawarkan taman negara yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia, hutan hujan sub-tropika, tempat membuat wain dan pusat spa mewah.

Satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia

Setelah mengunjungi Great Barrier Reef anda akan tahu mengapa ia digelar salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi di dunia. Menyelam dan bersnorkel adalah aktiviti wajib. Bermalam di salah satu tempat peranginan pulau yang sungguh menakjubkan. Sewa kapal bersiar dan layari The Whitsundays. Carilah pulau tidak berpenghuni anda yang tersendiri. Di mana lagi di dunia ini anda boleh mencari sebuah pantai di mana satu-satunya tapak kaki pada pasir adalah tapak kaki anda sendiri.

Tarikan hutan hujan dan terumbu

Hutan Hujan Daintree Cape Tribulation adalah sehebat Great Barrier Reef. Satu-satunya tempat di dunia di mana terdapat hutan hujan dan terumbu di satu tempat, belantara unik ini merupakan pusat bagi jenis tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui di muka bumi ini. Mengembara laluan merentasi hutan asli mencari hidupan liar atau berehat di pantai keemasan yang dihempas oleh air yang tenang.

 

 

CLOSE