Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Australia Selatan

Adelaide: Bandar raya ruang terbuka

Terletak di antara kawasan pembuatan wain yang terkaya di Australia dan lautan, Adelaide terkenal dengan bangunan bersejarah, taman-taman indah, pengalaman menikmati masakan berkualiti tinggi dan festival makanan yang menyeronokkan. Bersiar-siar di sepanjang jalan luas mencari galeri seni dan butik yang mempamerkan fesyen bercita rasa tinggi. Kunjungi Pusat Wain Nasional Australia untuk merasa apa yang tersimpan di wilayah wain terhebat di Australia, yang terletak sejauh kurang daripada sejam dari sini.

Kunjungi Kangaroo Island

Cenuram yang tinggi melangit, dihempas oleh Lautan Selatan yang asli dan liar, pantai terpencil dengan gumuk pasir putih adalah hanya beberapa keajaiban semula jadi yang terdapat di pulau menakjubkan ini. Berenang dengan ikan lumba-lumba dan lihat penguin kecil dengan singa laut menuju ke pantai. Nikmati udang krai air tawar, madu asli, produk tenusu organik dan wain organik enak sepuas hati.

Landskap yang abadi di Flinders Ranges

Gunung purba yang menakjubkan bersinar merah pada waktu senja. Kecantikan amfiteater gergasi semula jadi di Wilpena Pound. Walabi batu berkaki kuning mencuri pandang daripada gaung sempit. Budaya orang asli; berjalan dengan vista padang pasir kekal dan langit malam cerah yang abadi di atas. Inilah antara sebab Flinders Ranges perlu dimasukkan ke dalam senarai pengalaman yang perlu anda alami.

Wilayah yang penuh kontras di Semenanjung Eyre

Dengan cenuram yang menakjubkan, pantai berpasir putih dan panjang, serta air biru yang jernih, anda akan berasa terpukau dengan kepelbagaian pandangan di Semenanjung Eyre. Mengembara melalui dataran ladang, ladang anggur, belantara yang liar dan taman negara. Peluncur berpengalaman menuju ke pantai luncur yang tidak berpenghuni. Pengembara aktiviti luar datang melawat untuk sukan memancing dan penyelaman sangkar ikan jerung. Mereka yang gemar makan pasti tidak ingin melepaskan peluang berada di 'sempadan makanan laut' Australia ini.

 

 

CLOSE