Australia. Tiada yang seumpamanya

Sydney - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan empat hari ini meliputi beberapa tempat menarik dan pengalaman Sydney yang berlatarbelakangkan pemandangan pelabuhan yang menakjubkan dan pantai terkenal dunia.  Melayang tinggi di udara, menaiki feri atau mengikuti kelas belajar meluncur dan anda akan hanya melalui sebahagian daripada beberapa aspek terbaik kota kosmopolitan ini.

Hari pertama [PG]

Tiba di Sydney dan akan dibawa ke tempat penginapan anda sama ada di Park Hyatt atau
The Darling.

Park Hyatt
Park Hyatt mempunyai tiga suite atas bumbung eksklusif baru dibina pada aras keempat yang baru. Setiap aspek hotel ini telah begitu banyak diubah, dengan menetapkan tanda aras yang baru dalam kemewahan kontemporari. Bilik tetamu yang direka bentuk dari segi seni bina bercirikan gelas dari lantai hingga ke siling yang dibuka ke balkoni persendirian, merupakan satu penghormatan kepada Park Hyatt Sydney kerana kedudukannya yang terlindung dan berhadapan dengan pelabuhan.

The Darling
The Darling, satu hotel butik baru mempunyai 171 bilik, adalah hotel berbintang lima yang baru dibina di Sydney sejak Olympic Games tahun 2000. Hotel berupaya beroperasi sendirian membentuk sebahagian daripada The Star di Darling Harbour yang telah diperelokkan dan diluaskan. Sesuai dengan namanya, The Darling memanjakan tetamunya dengan perkhidmatan pelayan besar dan ketibaan orang penting dengan ciri yang terunggul di suite emper yang memenuhi dua tingkat teratas dan telah direka bentuk oleh pereka LA, Lawrence Lee.

Kemudian, menuju ke Rose Bay untuk pelancongan pemandangan dengan Sydney Seaplanes.

Sydney Seaplanes
Pesawat laut anda berlepas ke trek utara merentasi pantai utara Sydney yang menakjubkan sebelum mendarat di laluan air termahal Pittwater. Makan tengah hari di restoran Jonah.

Jonah’s
Jonah menawarkan masakan Eropah Selatan dan menggabungkan penghasilan tempatan yang paling baik dan tersegar. Para tetamu makan malam pasti sangat teruja dengan makanan dan juga restoran yang mempunyai pemandangan Pacific Ocean seluas 180 darjah.

Kembali ke Sydney melalui pesawat laut untuk rehat.

Hari pertama [PTG]

Menikmati acara di Sydney Opera House yang ikonik (bergantung pada apa yang tersedia).

Anda mungkin boleh mencuba menu pra-teater di Aria Restaurant di East Circular Quay.

ARIA Restaurant
ARIA penuh dengan gaya hidup Sydney, menawarkan pemandangan panoramik Sydney Harbour; menu inovatif dan kontemporari menggunakan hasil segar Australia, senarai wain yang memenangi anugerah paling besar, dan perkhidmatan yang berterusan, mesra dan sangat cekap.

Hari Seterusnya>

CLOSE