Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Sydney Seaplanes: Hawkesbury and Berowra Waters

Sydney Seaplanes mengendalikan penerbangan dengan pemandangan indah dari Rose Bay
di sekitar Sydney Harbour dan pantai Sydney menggunakan pesawat Beaver klasik atau Cessna Caravan terkini. Untuk pandangan Sydney dari udara yang serba indah, berlepaslah dari Rose Bay dan terbang di sekitar Sydney Harbour dan pantai yang mengagumkan untuk mendarat di Sungai Hawkesbury. Nikmatilah makanan hasil keluaran tempatan yang segar dari sungai yang dikelilingi oleh taman negara, dan anda tidak akan percaya betapa dekatnya anda dengan bandar.

Syarikat ini menawarkan pelbagai penerbangan dengan pemandangan indah, pakej makan tengah hari gourmet dan pakej penginapan semalaman di tepian dermaga yang luar biasa. Penerbangan pesawat laut ke restoran seperti Cottage Point Inn, Berowra Waters Inn, Peats Bite atau Jonah’s Whale Beach, sentiasa mendapat sambutan hangat dan menawarkan perkhidmatan, masakan dan lokasi bertaraf dunia. Juruterbang Sydney Seaplanes adalah juruterbang pesawat laut yang paling berpengalaman di Australia dan menjalani latihan yang luas dan kerap. 

 

CLOSE