Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

BridgeClimb Sydney

Mendaki ke puncak Sydney Harbour Bridge untuk melihat Sydney dari perspektif yang berbeza.  BridgeClimb menawarkan tiga pendakian berpandu yang membawa anda ke puncak Jambatan yang terkenal di dunia ini, jambatan rentang panjang terluas di dunia. Kecuraman yang stabil ke puncak memberikan kebebasan kepada anda untuk menumpukan perhatian anda terhadap pengalaman Sydney anda, dengan peluang untuk melihat pemandangan 360 darjah di Sydney, termasuk pemandangan ke timur melihat Sydney Opera House, ke barat menghadap Blue Mountains dan keliling bandar Harbour. Pendakian boleh dilakukan pada waktu subuh, pada siang hari, pada waktu senja dan pada waktu malam. Setiap pendaki akan diberikan gambar kumpulan percuma dan sijil pendakian.

Lawatilah Pusat Pelawat Sydney Harbour Bridge yang mempunyai pameran dan filem berdefinisi tinggi khusus untuk berkongsi cerita mengenai Sydney Harbour Bridge. Ia terbuka kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai struktur ikon Australia ini.

 

CLOSE