Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Membeli-belah di Sydney

Sydney menawarkan pelbagai pilihan untuk membeli-belah. Berjalan di sepanjang ‘laluan bergaya’ di Oxford Street. Di sini anda akan melalui deretan kedai di laluan dan kedai-kedai pereka fesyen yang baru dan yang terkenal. Bondi Beach adalah tempat untuk membeli-belah fesyen pakaian moden yang luar biasa. Berjalan di sepanjang pokok yang berderet di Queen Street di Woollahra Village yang menawan untuk mencari barangan antik dan kedai konsep. Dengan adanya fesyen baru juga abadi lagi bermutu tinggi dan rekaan terkini, Crown Street dan sekitarnya menjadikan Surry Hills Sydney sebuah kawasan reka bentuk yang utama. King Street adalah sebuah bazar yang sibuk dengan kedai membeli-belah yang eksotik, asli dan luar biasa. Di kawasan barat dalaman Sydney, Darling Street Balmain menempatkan pelbagai galeri seni, pasar lambak, butik dan antara restoran dan pub terbaik di bandar ini. Potts Point adalah pusat membeli-belah bohemian di Sydney yang terletak di sepanjang Macleay Street. Di sini, seni hiasan bangunan dan pokok-pokok berdaun digabungkan dengan beberapa kedai yang paling inovatif di bandar ini.

CLOSE