Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Restoran Quay

Restoran Quay merupakan salah satu restoran yang paling dihormati di Australia. Walau siang atau malam, pemandangan dari restoran Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House memang luar biasa. Mula ditubuhkan pada tahun 1988, falsafah Restoran Quay di bawah pimpinan chef eksekutif Peter Gilmore adalah untuk berkongsi pengalaman menikmati hidangan dengan kepelbagaian dan keindahan alam semula jadi sebagai ilham beliau. Ia merupakan salah sebuah restoran di Australia yang paling banyak menerima anugerah; keharmonian perisa dan tekstur pada menu bergabung untuk mewujudkan juadah bermusim yang sensasi. Pencuci mulut 'Snow Egg' luar biasa di Restoran Quay adalah hidangan yang mesti dicuba.

 

CLOSE