Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Pulau-pulau Sydney Harbour

Sydney mempunyai enam buah pulau yang unik di tengah-tengah pelabuhan, memberi perspektif yang sangat berbeza tentang suasana bandar. Pulau-pulau di Sydney Harbour termasuklah Fort Denison, Shark, Clark, Rodd, Goat dan Cockatoo. Sydney Harbour National Park merangkumi kebanyakan pulau pelabuhan dan pesisir pantai. Pulau-pulau tersebut mempunyai budaya dan sejarah yang kaya. Beberapa tapak tersebut kaya dengan sejarah Orang Asli, manakala yang lain mencerminkan masa lampau Eropah dengan struktur binaan banduan dan kubu lama. Fort Denison merupakan tapak binaan Menara Martello yang bersejarah, satu-satunya di Australia dan yang terakhir dibina oleh Empayar British.

Naiki feri dari Circular Quay ke Fort Denison untuk merasai keju dan wain di tengah-tengah pelabuhan. Nikmati perkelahan terpencil di Shark Clark dan Kepulauan Rodd atau pergi berkhemah di Cockatoo. Pulau-pulau tersebut juga menjadi tuan rumah pelbagai acara festival muzik serta makan malam gala dan pameran seni.

 

CLOSE