Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Melawat ke Zoo

Terletak di Sydney Harbour yang mengagumkan, Taronga Zoo adalah satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan. Taronga Zoo yang hanya 12 minit sahaja dari Circular Quay dengan menaiki feri adalah rumah kepada lebih daripada 2900 spesis eksotik dan tulen, termasuk binatang yang jarang dilihat seperti Gorila Tanah Rendah Barat, Harimau Sumatera, Harimau Bintang Salji, Beruang Kodiak, Cimpanzi, Zirafah dan lima ekor Gajah Asia.

Taronga Zoo menawarkan ceramah penjaga haiwan, pertunjukan haiwan dan memberi makan haiwan secara percuma sepanjang hari. Nikmati Free Flight Bird Show terkenal yang diadakan di amfiteater atau naiki kereta kabel Sky Safari. Jangan lepaskan peluang menyaksikan'Pertunjukan Anjing Laut'. Penuh aksi dan kejutan, pertunjukan ini bukan sahaja meriah, malah diselang-seli dengan maklumat berguna mengenai hidupan liar marin. Terokai rahsia misteri yang mendalam semasa anda berdepan dengan singa laut, penguin dan anjing laut bintang. Lihat haiwan dengan dikelilingi oleh pemandangan terbaik merentasi bandar dan Sydney Harbour.

CLOSE