Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Berkayak di Pelabuhan Sydney

Sertai aktiviti kayak di Sydney Harbour di Middle Harbour untuk pelancongan mesra alam atau lawatan kopi sambil berkayak. Sempena pelancongan mesra alam, anda akan belajar tentang sejarah semula jadi dan hidupan sosial kawasan itu daripada pemandu pelancong anda sambil melawati persekitaran yang berbeza - dari bandar mewah ke hutan belukar semula jadi Garigal National Park. Rasailah ketenangan sambil menikmati minum pagi berkhasiat yang dihidangkan di tempat kegemaran terpencil. Semasa lawatan kopi, anda akan merentasi Spit Bridge ke Grotto Point hingga Middle Head yang memberikan anda pengalaman kehidupan di salah sebuah laluan air rahsia Sydney. Sewaktu anda berehat dengan tenang di pantai yang bersih, pemandu pelancong anda akan membancuh kopi segar dan teh untuk memberi anda tenaga untuk perjalanan pulang. Semua pengembaraan Sydney Harbour Kayak adalah sesuai untuk pendayung kali pertama dan merangkumi banyak perhentian untuk menikmati pemandangan.

CLOSE