Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Sydney

Belayar di Sydney Harbour

Eastsail menawarkan pelbagai cara yang menarik dan menyeronokkan untuk menerokai Sydney Harbour di atas kapal layar yang disewa khas, bot sewa atau kruiser. Belayar melepasi Sydney Harbour Bridge, sehingga ke kepulauan Harbour dan rumah yang bernilai jutaan dolar. Pelayaran di sekitar Sydney mampu memberi anda perspektif baru terhadap kehidupan bandar.

EastSail adalah pemenang anugerah syarikat pelayaran yang terletak di Rushcutters Bay, hanya beberapa minit dari daerah pusat perniagaan Sydney. Ia beroperasi dengan kelengkapan lebih daripada 24 buah bot yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi termasuk kapal layar dan pelayaran bermotor, dengan saiz 10-20 meter. Syarikat tersebut berpengalaman dalam pelayaran persiaran, kapal kosong dan kapal berkapten sewa khas dan pakej bermalam yang romantik.

CLOSE