Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat tarikan Sydney

Lihat tarikan New South Wales

Sydney Harbour

Sydney

Sydney Harbour merupakan nadi bandar Sydney. Dihidupkan dengan feri, kapal layar, motobot besar dan kayak, itulah taman permainan Sydney, digunakan oleh ramai orang untuk belayar, berenang, menyelam atau hanya untuk menikmati persisiran depan.

Mrs. Macquarie’s Chair, terletak di Royal Botanic Gardens, adalah satu daripada tempat terbaik di Sydney untuk menikmati pemandangan menakjubkan Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge dan gunung ganang dari jauh, kediaman rasmi Perdana Menteri Australia di Kirribilli dan pulau kecil Sydney Harbour.

Dapatkan tempat duduk dan nikmati pemandangan pelabuhan Sydney bertaraf dunia yang mengasyikkan

Diukir pada belebas batuan untuk isteri salah seorang Gabenor New South Wales dalam tahun 1800-an, hari ini, tanjung tinggi ini adalah gelanggang yang mengelilingi beberapa peristiwa terbesar Australia. Nikmati pertunjukan bunga api Malam Tahun Baru Sydney yang terkenal di dunia dan sambutan Australia Day, apabila kapal tinggi melakonkan semula pendaratan First Fleet dalam tahun 1788.

The Harbour Circle Walk meliputi sepanjang bahagian persisiran depan ke dalam telukan dan pada tanjung tinggi, sepanjang jalan-jalan bersejarah dan merentasi jambatan-jambatan besar. Sydney Harbour National Park mengandungi kelompok-kelompok tanah belukar luar biasa dengan pelbagai haiwan asli yang menakjubkan. Di luar daripada pemandangan, terdapat banyak sejarah, misteri dan warisan budaya menunggu untuk diterokai dan dijejaki.

Naiki feri atau mengikuti pelayaran melawat tempat-tempat menarik dengan kapal layar mewah dari Circular Quay, yang akan membawa anda ke tempat-tempat yang hanya diketahui orang tempatan dan dapat melihat dengan dekat beberapa aspek tercantik dan terkenal arca Australia ini.

CLOSE