Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Tasmania

Hobart yang indah semula jadi

Selain daripada pusat sejarah banduan Australia, Hobart merupakan bandar raya cantik semula jadi yang bercirikan bangunan kolonial menarik, restoran berkualiti, bot-bot pelayaran dan nelayan di pelabuhan. Cuba beberapa hasil organik yang terbaik dari Australia dan bir butik serta wiski yang diperbuat daripada air yang paling asli di dunia. Mount Wellington berdiri megah sebagai latar belakangnya. Di mana anda pergi, anda akan berasa dekat dengan anugerah alam semula jadi.

Launceston yang Cantik

Dengan bangunan seni bina Victoria yang bergaya dan jalan yang elegan, Launceston dipenuhi kafe yang meriah, muzium, dan taman-taman yang seabad usianya. Ia juga merupakan gerbang masuk ke ladang anggur butik di Lembah Tamar yang disanjung di seluruh dunia, di mana anda akan menemui antara wain iklim sejuk yang terbaik di Australia. Hayati keindahan perkampungan bersejarah Evandale dan Longford, dengan ladang lama dan rumah agam yang indah.

Daripada gelas wain ke gelas wain

Pergunungan merah jambu yang kasar, air biru nilam dan antara pantai terbaik di dunia mewarnai Semenanjung Freycinet. Iklim yang ideal menghasilkan wain iklim sejuk penuh perisa yang disanjungi di seluruh dunia. Rasai daging daripada lembu padang rumput yang empuk dan makanan laut yang lebih segar dari biasa. Nikmati perkelahan gourmet di salah satu pesisiran pantai yang masih terpelihara. Jejaki pesisiran pantai ini yang dipenuhi pelbagai jenis burung dan hidupan liar yang menakjubkan.

Belantara yang berharga

Hutan belantara di Tasmania membentuk seperlima pulau ini. Berjalanlah di Taman Negara Cradle-Mountain-Lake St Clair melalui hutan hujan purba. Telusuri Sungai Gordon yang tenang dan berakit di Taman Negara Franklin-Gordon Wild Rivers. Temui platipus liar dan Tassie Devil. Hirup udara yang terbersih di dunia dan fikirkan bagaimana langit malam begitu cerah.

 

 

CLOSE