Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Uluru

Uluru Camel Tours

Uluru Camel Tours menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan dengan menaiki unta di landskap menakjubkan di Red Centre Australia. Mengambil udara sejuk di waktu pagi dan melihat kawasan padang pasir hidup kembali dari atas seekor unta apabila waktu subuh menjelang di Uluru dan Kata Tjuta. Atau anda boleh menikmati waktu matahari terbenam di padang pasir apabila anda bergerak melalui gumuk pasir dengan berlatarbelakangkan Uluru dan diikuti dengan makan malam makanan belukar pedalaman. Pemandu unta Uluru Camels yang berpengalaman akan memberi maklumat terperinci mengenai pandangan darat, flora dan fauna serta unta anda.       Bagi mereka yang mengejar masa, lawatan pendek selama sepuluh minit turut tersedia dan termasuk lawatan ke ladang unta. Terdapat juga pelancongan pendek di pertengahan pagi atau    di pertengahan petang bagi Camel Express. Tempahan kecil persendirian boleh juga di atur. Uluru Camel Tours berpangkalan di Resort Voyages Ayers Rock dan dibuka sepanjang tahun.

CLOSE