Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Uluru

Longitude 131

Longitude 131 yang mewah, eko-sensitif dan romantik, menawarkan penginapan berkualiti tertinggi di belantara Uluru-Kata Tjuta National Park tersenarai dalam Warisan Dunia. Tempat ini merupakan yang terdekat dengan Uluru, mampu menawarkan pemandangan peribadi matahari terbit dan matahari terbenam merentasinya daripada satu daripada 15 khemah mewah yang dibina khas berdekatan dengan gumuk pasir. Menempatkan sejumlah maksimum 30 tetamu pada satu-satu masa, anda hanya dapat berkongsi pengalaman menakjubkan ini dengan beberapa orang sahaja. Sebuah program pelancongan eksklusif yang direka khas untuk tetamu menunjukkan geografi dan kepelbagaian bio menarik bagi kawasan ini, serta budaya purba orang tempatan Aboriginal, yang telah hidup di kawasan ini beribu tahun. Makan malam intim dihidangkan dengan wain terbaik di bawah langit malam padang pasir yang menakjubkan adalah cara terbaik untuk relaks selepas satu hari yang mengagumkan dengan penemuan.


 

CLOSE