Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Uluru

Ayers Rock Resort - Sails in the Desert Hotel

Dinamakan bersempena layar putih cenuram yang memahkotai atapnya, Hotel Sails in the Desert menawarkan tetamu keselesaan lima bintang di Resort Voyages Ayers Rock dan merupakan hotel premium di dalam tempat peranginan tersebut. Hiasan dalaman yang tertumpu pada warisan dan budaya Aboriginal, dengan sebuah galeri di lobi dan hasil seni yang ketara di pamerkan di semua kawasan awam dan bilik. Di Sails in the Desert, anda boleh berehat di bilik yang disediakan khas, menikmati koktel di tepi kolam, atau berjalan melalui Galeri Mulgara yang disanjungi hotel. Pada waktu malam, makan malam di bawah kanopi diiringi dengan bunyi purba didgeridoo solo
di makan malam bufet barbeku Sounds of Silence yang memenangi anugerah. Kunjungi Spa Red Ochre yang menawarkan pelbagai jenis terapi yang direka untuk mencergaskan minda, jasad dan semangat. Hotel ini turut menawarkan beberapa pengalaman makan malam yang menarik termasuk Restoran Winkiku yang bergaya-brasserie dan restoran utama tempat peranginan, Kuniya yang memenangi anugerah.

 

 

CLOSE