Australia. Tiada yang seumpamanya

Saksikan kecantikan Uluru

Lihat tarikan Wilayah Utara

Uluru

Uluru

Antara simbol paling ikonik Australia bagi persekitaran pedalaman adalah Uluru yang tersenarai sebagai Warisan Dunia.

Terletak betul-betul di tengah Taman Negara Uluru Kata Tjuta di Red Centre Australia, Uluru adalah tempat yang menggambarkan budaya rakyat yang tidak lapuk ditelan zaman, budaya peribumi yang kaya dan kerohanian yang teguh. 

Mengembara ke pusat fizikal dan rohaniah Australia

Lebih baik dialami sendiri daripada digambarkan, anda tidak boleh terlepas menyaksikan matahari terbit dan terbenam di atas ‘batu’. Pada masa yang berbeza dalam sehari warnanya sentiasa berubah, daripada merah jambu ke merah darah ke merah senduduk. Setiap kali anda berpaling warnanya telah berubah. Langit di atas mencerminkan aneka warna yang tidak terbayang, seolah-olah dicipta daripada pelet pelukis agung.

Berjalan mengelilingi tapak Uluru bersama pemandu pelancong Orang Asli dan ketahui tentang tradisi mereka. Ikuti jejak langkah manusia purba dan terokai tempat-tempat suci. Lihatlah dari atas dengan helikopter. Rentasi landskap padang pasir dengan motosikal yang mencabar atau tunggangi unta pada waktu senja. Sertai aktiviti jalan kaki berpandu ke gumuk pasir tunggal bagi pandangan 360° tanpa gangguan.

Cara paling sesuai untuk berehat selepas penerokaan seharian yang menakjubkan adalah Sounds of Silence di mana anda makan di bawah kilauan bintang di langit malam padang pasir. Nikmatilah bufet barbeku juadah Australia yang tulen seperti barramundi, kangaroo dan buaya, diiringi wain Australia berkualiti tinggi.

Di sini anda akan merasai kebebasan, keghairahan dan ketakjuban pusat fizikal dan rohaniah Australia. 

CLOSE