Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Victoria

Melbourne yang Mengagumkan

Luangkan seberapa banyak masa untuk menjelajahi Melbourne, dan di setiap sudut, anda akan menemui rahsia yang baru. Terokai pusat jalan kecil dan lorong dengan butik fesyen, kafe ringkas, bar dan restoran yang menarik. Anda pasti terpesona dengan hab kreatif di Federation Square. Jangan lupa mengunjungi Southbank - tempat membeli-belah barangan berjenama. Tonton persembahan di Melbourne Arts Centre atau cubalah nasib  
di Crown Casino.

Jalan yang panjang dan berliku

Cenuram yang cukup menawan dan dikelilingi oleh lautan dan hutan hujan yang subur, pantai luncur klasik serta bandar kosmopolitan yang selesa, The Great Ocean Road adalah sebuah persembahan yang hebat. Belajar meluncur daripada para pakar atau bermain golf di padang golf atas cenuram. Hidu bau semerbak pokok gam dan hirup udara segar. Dari Torquay ke Warrnambool, anda akan menemui banyak tarikan semula jadi.

Daylesford: wilayah spa Victoria

Alami layanan terbaik dari hujung rambut ke hujung kaki di bandar spa kembar Hepburn Springs dan Daylesford – membuatkan anda berasa sangat segar. Studio artis, restoran berkualiti yang menghidangkan makanan segar daripada sumbernya, ladang wain, kedai antik dan lebih banyak mata air mineral daripada sebarang lokasi di hemisfera selatan; menjadikan Daylesford tempat sesuai untuk percutian yang menenangkan dan memenuhi segala keinginan.

Hirup kesegaran persekitaran Gippsland

Terkenal dengan iklim Mediterraneannya, pengalaman gourmet segar dari ladang, dan wain iklim sejuk yang kaya, membuatkan anda ingin tinggal lebih lama di Gippsland. Lawati keajaiban alam semula jadi yang memukau seperti Wilsons Promontory dan Ninety Mile Beach; Strzelecki Ranges; serta perbarisan penguin di Phillip Island. Nikmati makanan laut segar dari Gippsland Lakes; atau keju dan daging daripada lembu yang diberi makan di padang rumput Gippsland Barat.

Yarra Valley: Pusat Wain Victoria

Yarra Valley terkenal sebagai pusat wain Victoria. Nikmati keseronokan hidup dengan makanan, pemandangan cantik dan kesenian yang mengilhamkan. Temui ladang wain hebat yang pasti ingin dirahsiakan oleh para ‘sommelier’ sendiri. Terokai pokok-pokok paku-pakis rahsia Dandenong Ranges, hutan dan kampung-kampung di kawasan tinggi. Pergi lebih tinggi lagi dengan menaiki belon udara panas pada waktu matahari terbit.

 

 

 

CLOSE