Australia. Tiada yang seumpamanya

Tarikan Australia Barat

Perth: Pintu gerbang ke barat

Perth menawarkan antara pantai tercantik di negara ini, pasar yang sibuk, taman bandar raya dan pengembaraan marin. Luangkan sedikit masa melawat galeri, muzium, dan ruangan seni bandar raya ini yang sentiasa hidup dengan campuran muzik, teater dan seni visual. Hanya beberapa buah bandar raya di seluruh dunia yang boleh menandingi kualiti dan kepelbagaian yang ditawarkan dalam padang golf di bandar raya ini. Makan makanan laut enak di luar dan ia akan menjadi antara yang terbaik anda pernah rasa.

Kimberley yang jauh ke utara

Bahagian barat laut Australia Barat merupakan tempat bagi pengembraan pedalaman yang sejati. Tunggang seekor unta merentasi pantai, naik kenderaan pacuan empat road dan memandu merentasi padang pasir yang berpanjangan, dan mengembara melalui gaung berusia jutaan tahun. Kagum dengan Bungle Bungles yang bermisteri. Beli berlian merah jambu dan seni orang asli yang asli. Bermalam dengan selesa dan bergaya di kem Orang Asli, stesen-stesen lembu dan tempat peranginan hutan belantara yang jauh di pedalaman.

Syurga marin Ningaloo-Shark Bay

Pantai pasir putih, tanah merah dalam, hidupan marin eksotik, taman negara dan lautan berwarna nilam biru adalah antara beberapa khazanah semula jadi di sepanjang pesisiran pantai yang hebat ini. Berenang dengan ikan paus jerung yang lembut, anjing laut, ikan manta ray, penyu laut dan ikan berwarna cerah. Memberi makanan dengan tangan kepada ikan lumba-lumba dan melihat migrasi ikan paus. Berjalan-jalan melalui padang yang penuh dengan bunga liar menarik yang berwarna warni merentasi kawasan pada musim bunga.

Menjamu dan menikmati wain di Margaret River

Sungguh mudah untuk jatuh cinta dengan Margaret River. Nikmati pemandangan tepi luncur yang menakjubkan, hutan hujan yang subur dan pilihan gastronomi yang mengasyikkan. Biarkan diri anda dipikat dengan unggun api yang selesa, bersiar-siar di pantai, menunggang kuda melalu hutan dan keenakan hasil tempatan. Anda pasti tertarik dengan keju buatan sendiri, coklat lembut dan enak, madu manis, butik membru
bir dan kilang wain yang disanjung di seluruh dunia.

 

 

CLOSE