Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Blue Mountains

Wolgan Valley Resort dan Spa

Terletak di antara dua taman negara iaitu Greater Blue Mountains World Heritage Area, tempat peranginan bertaraf enam bintang Wolgan Valley Resort dan Spa merupakan tempat peranginan mewah berasaskan hidupan liar dan pemuliharaan yang pertama di Australia. Tempat peranginan ini telah dibina di sekitar rumah ladang yang dibina pada 1832 yang telah dipulihkan yang dibangunkan di kawasan simpanan milik persendiriannya untuk tujuan pemuliharaan dan hidupan liar. Dengan menggabungkan kemewahan dengan kelestarian alam sekitar, resort ini melindungi habitat dan hidupan liar yang mengelilinginya di samping memberikan layanan kualiti kelas pertama. Setiap suite mewah yang berdiri sendiri mempunyai teres dan kolam renang persendirian. Rumah ladang utama menawarkan makanan eksklusif, kemudahan yang mewah dan Timeless Spa. Wolgan Valley yang mempunyai nilai semula jadi, budaya dan pemandangan yang istimewa boleh dihargai melalui pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi termasuk aktiviti berjalan kaki dengan dipandu oleh renjer, lawatan meninjau hidupan liar, merenung bintang, menunggang kuda, dan berbasikal di kawasan bukit. Wolgan Valley Resort dan Spa terletak kurang dari tiga jam perjalanan melalui jalan darat dari Sydney.

 

CLOSE