Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Blue Mountains

Jenolan Caves

Jenolan Caves yang memenangi anugerah dianggap sebagai sistem gua yang terulung di Australia. Gua ini merupakan jurang batu kapur penuh stalaktit yang berselirat yang diukir oleh sungai bawah tanah. Dengan 11 buah gua dan pembentukan semula jadi yang mengagumkan, Jenolan adalah di antara sistem gua tertua dan terbaik di dunia. Ikuti lawatan gua berpandu atau pelancongan pandu diri, yang boleh didapati dalam 10 bahasa. Di atas tanah, berjalan melalui belukar dan berasa kagum di Blue Lake yang luar biasa birunya. Pada awal pagi atau pada waktu senja, anda mungkin ternampak hidupan liar tempatan termasuk kanggaru, walabi dan platipus. Chisholm's di Jenolan Caves adalah restoran pemenang anugerah yang menampilkan masakan Australia moden yang enak. Boleh juga bermalam di Caves House yang ikonik. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan yang sesuai mengikut kemampuan segenap lapisan berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong ini.

CLOSE