Australia. Tiada yang seumpamanya

Saksikan kecantikan Blue Mountains

Lihat tarikan New South Wales

Wolgan Valley

Wolgan Valley

Walaupun ia terasa seakan-akan dunia yang jauh daripada kesibukan bandar, Greater Blue Mountains yang tersenarai sebagai Warisan Dunia hanya kurang dari tiga jam pemanduan dari Sydney.

Bersempadan dengan dua taman negara, Wolgan Valley adalah kawasan pemuliharaan dan rizab hidupan liar persendirian.

Syurga hidupan liar dan landskap tenang yang tersenarai sebagai Warisan Dunia

Terlindung daripada seluruh dunia dengan hutan dan tubir yang berceranggah, lembah diselubungi dalam kabus biru hijau yang terbentuk oleh pantulan cahaya minyak kayu putih dalam udara gunung yang segar.

Perasaan tenang menyelubungi hutan belantara yang terpencil ini dengan alam semula jadi yang terdedah sejauh pandangan mata.

Dari kaki cenuram batu pasir yang menjulang tinggi, padang rumput melanjut
ke hutan tebal di mana banyak burung dan haiwan tempatan Australia hidup dalam suasana harmoni serta aman.

Mengembara di laluan alam semula jadi dengan pemandu pelancong tempatan. Jelajahi kawasan desa dengan kuda. Bawalah perkelahan gourmet dan alami safari kehidupan liar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Pergi berbasikal mendaki gunung melalui hutan, atau melihat kerlipan bintang di langit malam yang terang. Pengembaraan menanti mereka yang gemarkan aktiviti luar dan juga yang menghargai kehendak hati.

Pada musim bunga, bunga liar mekar dengan banyak; langit biru menandakan permulaan musim panas dan waktu malam yang sederhana sejuk. Musim luruh menawarkan perubahan warna yang dramatik. Pada musim sejuk, nikmati pendiangan yang selesa dan kaya di Wolgan Valley Resort dan Spa selepas seharian menerokai belukar.

Wolgan Valley juga kaya dengan sejarah Australia yang diceritakan melalui perspektif penduduk Orang Asli tempatan dan kisah lebih dua abad peneroka kolonial.

CLOSE