selamat datang ke Musim Dingin

Selamat datang ke Musim Dingin edisi 2009, Tourism Australia.

Regangkan kaki anda, luaskan minda dan jiwa anda dan lihatlah laluan berjalan kaki yang melalui berbagai-bagai bentuk rupa bumi yang amat terkenal di Australia. Berjalan pada waktu siang sahaja, berjalan kaki hanya di beberapa bahagian dengan pemandangan indah sahaja atau berjalan kaki di sepanjang laluan ini dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa minggu bahkan mungkin beberapa bulan untuk menyempurnakannya.

Selamat detang ke musim dingin Di Australia
Matahari Musim Sejuk Queensland Utara

Matahari Musim Sejuk Queensland Utara

Buat rakan anda mencemburui anda pada musim sejuk ini dengan bercuti ke Queensland Utara, dengan cuaca nyaman, pohon palma dan laut yang boleh direnangi.

Permainan salji di cerun Victoria

Permainan salji di cerun Victoria

Tidak dapat bayangkan gunung diliputi salji di Australia? Semasa musim sejuk di Victoria, anda akan jumpa beratus-ratus geluncuran ski merentasi sepuluh lokasi alp hebat.

Bunga liar barat

Bunga liar barat

Lupakan hari muram dan lanskap suram. Dari Jun ke September, lebih dari 12,000 spesies bunga liar berkembang merentasi negeri.

Pengembaraan Gurun Australia Selatan

Pengembaraan Gurun Australia Selatan

Pada musim sejuk ini, cabar diri anda dengan membuat pemanduan dengan kenderaan pacuan empat roda di bahagian Australia Selatan melalui Gurun Simpson yang luas terbentang.

Rahsia musim sejuk Tasmania

Rahsia musim sejuk Tasmania

Raikan solstis di Hobart atau meluncur salji di Taman Negara Ben Lomond. Daki ke tanah tinggi berlitup salji Cradle Mountain atau berselimut di tepi pendiangan dalam rumah persinggahan di Wineglass Bay.

Keseronokan berpesta pada musim kering

Keseronokan berpesta pada musim kering

Musim kering di Wilayah Utara Australia adalah dari Mei hingga Oktober, dan merupakan masa yang cukup baik untuk berpesta di luar.

Blue Mountains Yulefest

Yulefest Blue Mountains

Setiap tahun dari Jun ke Ogos, beribu-ribu orang berduyun-duyun ke Blue Mountains untuk sambutan perayaan Krismas – unggun api, makan malam daging panggang, nyanyian beramai-ramai, dan ada kalanya menikmati salji yang turun.

Kehangatan unggun api Canberra

Kehangatan unggun api Canberra

Alami kemesraan dan jamu selera bertemankan unggun api di Pesta Fireside, yang diadakan di wilayah Canberra setiap bulan Ogos.

 
Journeys
Perjalanan

Berjalan kaki di Australia

Regangkan kaki anda, luaskan minda dan jiwa anda dan lihatlah laluan berjalan kaki yang melalui berbagai-bagai bentuk rupa bumi yang amat terkenal di Australia. Berjalan pada waktu siang sahaja, berjalan kaki hanya di beberapa bahagian dengan pemandangan indah sahaja atau berjalan kaki di sepanjang laluan ini dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa minggu bahkan mungkin beberapa bulan untuk menyempurnakannya.

Savannah Way, QLD

Savannah Way Perjalanan 6 hari dengan kenderaan

Memandu dari Cairns, melalui Tropical Tablelands Queensland yang subur ke Gulf Savannah yang terpencil dan sempadan Northern Territory.

Masa Yang Amat Menyeronokkan
Masa Yang Amat Menyeronokkan

Setiap musim dingin, saksikan paus kelasa meluncur melalui Byron Bay dan Hervey Bay. Anda pasti terpegun dengan komunikasi akrobatiknya yang kompleks dan dengari irama paus jantan yang mempesona menggunakan hidrofon.

Selami dasar lautan Australia
Selami dasar lautan Australia

Dikelilingi oleh air dan kaya dengan pulau-pulau dan terumbu, Australia adalah impian para penyelam.

Perairan kami menjadi tempat berlindung khazanah hidupan marin, dengan lebih 4000 spesies ikan dan kepelbagaian jenis rumpai laut tertinggi di dunia.