Kunjungi Australia semasa Musim Luruh!

Temui kepelbagaian musim luruh Australia yang magis, berlanjutan dari Mac hingga Mei hampir di segenap pelosok negara. Lihat pepohonan merah keemasan di Orange, pusat makanan dan wain luar bandar di barat Sydney. Jelajahi ladang anggur, desa dan hutan berkabus di Yarra Valley Victoria. Alami pengembaraan di sepanjang Brisbane River yang berpemandangan cantik. Alami kehidupan gembala lembu dalam perjalanan sepanjang Oodnadatta Track yang bersejarah di Australia Selatan. Tuju ke Litchfield National Park yang subur di Northern Territory atau ke Kununurra di Australia Barat untuk ke Ord Valley Muster yang luas. Berakit air tawar di pantai hutan liar Tasmania atau memancing dan berkhemah di tepi Murrumbidgee River Corridor, berdekatan Canberra. Musim luruh juga padat dengan berbagai-bagai acara, dari perayaan makanan dan wain hingga minggu fesyen dan Grand Prix Melbourne.

Musim luruh kami menyajikan anda...
Larikan diri ke Yarra Valley, Victoria

Larikan diri ke Yarra Valley, Victoria

Hentikan masa dan nikmati makanan mewah dan wain dikelilingi pemandangan bak buku cerita di Yarra Valley, yang terletak kurang sejam dari Melbourne.

Ketahui gembala lembu dalaman anda, South Australia

Ketahui gembala lembu dalaman anda, South Australia

Alami kehidupan sebagai gembala lembu apabila anda menaiki pelana dan menggiring 500 lembu dalam pengembaraan kawasan pedalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang Oodnadatta Track.

Litchfield National Park, Northern Territory

Litchfield National Park, Northern Territory

Perjalanan seharian atau hilang untuk berhari lamanya di lanskap Litchfield National Park yang nyaman, hanya dua jam perjalanan dari Darwin.

Pantai Barat Tasmania yang Liar

Pantai Barat Tasmania yang Liar

Berakit arung jeram, belayar, belayar makan angin, daki atau berkhemah di salah satu tempat terliar di dunia – pantai barat Tasmania.

Ord Valley Muster, Western Australia

Ord Valley Muster, Western Australia

Raikan lanskap unik dan gaya hidup kawasan East Kimberlet di Old Valley Muster, yang diadakan sekitar Kununurra selama dua minggu setiap bulan Mei.

Pengembaraan di Brisbane River, Queensland

Pengembaraan di Brisbane River, Queensland

Berkayak di Brisbane River, menakik turun cenuram Kangaroo Point dan naiki Story Bridge.

Sekilas Rasa Orange, New South Wales

Sekilas Rasa Orange, New South Wales

Bersantai dan nikmati kehidupan hebat di Orange, di mana kilang wain butik, santapan bergaya dan pergerakan seni yang berkembang bertemu dengan pemandangan cantik dan rentak luar bandar yang lebih bersahaja.

Murrumbidgee River Corridor, Wilayah Ibu Negara Australia

Murrumbidgee River Corridor, Wilayah Ibu Negara Australia

Jalan belukar, berenang, menangkap ikan, berkhemah dan berkanu sepanjang Murrumbidgee River Corridor, tempat perlindungan semulajadi yang terletak berdekatan Canberra.

 
Perjalanan
Melbourne, Victoria

Mengembara di Australia

Acara musim luruh Australia

Uja deria rasa anda, alami alam glamor kreatif fesyen Australia, terapung di udara dalam belon udara panas atau saksikan aksi pantas dalam perlumbaan Formula One.

Pengikut gaya dijemput ke minggu fesyen di Melbourne dan Sydney

Pengikut gaya dijemput ke minggu fesyen di Melbourne dan Sydney

Manjakan deria anda di Tasting Australia, Australia Selatan

Manjakan deria anda di Tasting Australia, Australia Selatan

The Melbourne Food and Wine Festival, Victoria

The Melbourne Food and Wine Festival, Victoria

Pesta Wain Margaret River

Pesta Wain Margaret River

Orange F.O.O.D Week

Orange F.O.O.D Week

Terapung di udara dalam Fiesta Belon Canberra

Terapung di udara di Fiesta Belon Canberra

The Australian Grand Prix, Melbourne

Grand Prix Formula 1 Australia