Dasar Privasi

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI LUAR TOURISM AUSTRALIA

Tourism Australia (TA) adalah pihak berkuasa statutori Kerajaan Australia yang bertanggungjawab untuk pemasaran pelancongan antarabangsa dan domestik serta penyampaian penyelidikan dan ramalan bagi sektor pelancongan.

TA memahami bahawa privasi penting bagi anda. Kami ditadbir oleh Prinsip Privasi Maklumat (IPP) dalam Akta Privasi 1988 (Australia). Jika TA berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, ia turut ditadbir oleh Akta Spam 2003 (Australia).

TA juga berusaha mengendalikan maklumat peribadi secara konsisten dengan undang-undang privasi setempat yang berkuatkuasa dalam pelbagai bidang kuasa antarabangsa di tempat Tourism Australia beroperasi.

Dasar Privasi Luar ini berkuatkuasa bagi pengendalian maklumat peribadi oleh TA di semua pejabatnya (di Australia dan persada antarabangsa). Seksyen 6 mengandungi peruntukan khusus yang berkaitan dengan privasi dalam talian (ini berkuatkuasa bagi maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui laman web TA).

1.                  Apakah Maklumat Peribadi yang Dikumpulkan oleh TA?

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan akan bergantung pada sifat urusan anda dengan kami. Contohnya, kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:

    * melanggan surat berita atau mendaftar untuk menerima brosur (cth melalui laman web TA);

    * memohon untuk menyertai atau mempamerkan sesuatu dalam acara TA, atau menyertai promosi dalam acara seperti ini;

    * mendaftar untuk menyertai Program Wartawan Tamu atau Visiting Journalists Program, atau Program Pakar Aussie atau Aussie Specialist Program;

    * Mempunyai urusan dengan kami (sama ada sebagai pekerja salah sebuah pembekal khidmat luar kami, atau jika anda bekerja dengan agensi kerajaan yang berurusan dengan kami, atau dalam konteks urus niaga, atau jika anda memberi maklumat peribadi anda secara sukarela kepada kami).

Dalam setiap keadaan, kami hanya mengumpulkan maklumat peribadi yang kami perlu untuk melaksanakan fungsi khusus. Contohnya:

    * jika anda sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dalam "Program Pakar Aussie " melalui laman web kami, kami akan mengumpulkan nama, jantina, tarikh lahir, jawatan pekerjaan, alamat e-mel dan butiran hubungan perniagaan;

    * jika anda pengembara atau pelancong yang mendaftar untuk menerima surat berita elektronik daripada kami, kami akan mengumpulkan nama, alamat, alamat e-mel, kumpulan umur dan maklumat mengenai jenis percutian yang anda sedang cari. Ini adalah supaya kami boleh memastikan yang kami boleh menyediakan untuk anda bahan yang kemungkinan besar sesuai dengan minat anda; dan

    * jika anda berurusan dengan kami dalam perniagaan, kami lazimnya hanya mengumpulkan butiran hubungan perniagaan anda sahaja (supaya kami boleh berkomunikasi dengan anda dalam urusan perniagaan biasa).

Kami juga mengumpulkan maklumat mengenai para pekerja dan kontraktor kami (rekod personel). Butiran mengenai maklumat peribadi yang terkandung dalam rekod personel dan dalam rekod lain yang disimpan oleh TA terkandung dalam masukan TA dalam Register of Federal Personal Information Digests atau Daftar Ringkasan Maklumat Peribadi Persekutuan, yang disimpan oleh Pejabat Federal Privacy Commissioner atau Pesuruhjaya Privasi Persekutuan (sila lihat di http://www.privacy.gov.au/government/digest/index.html).

 

2.                  Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi?

Kami perlu mengumpulkan maklumat peribadi supaya kami boleh menyediakan anda dengan penerbitan atau perkhidmatan yang anda minta, atau supaya kami boleh mengendalikan fungsi statutori tertentu (atau kedua-duanya sekali). Tujuan kami mengumpulkan maklumat peribadi ini akan dijelaskan semasa kami mengumpulkan maklumat tersebut atau akan jelas kelihatan berdasarkan konteks ia dikumpulkan. Dalam ruang lingkup IPP, kami hendaklah hanya menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpulkan untuk tujuan khusus ia dikumpulkan, atau untuk tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan tujuan ini. Jika kami ingin menggunakan maklumat peribadi untuk sebarang tujuan lain, kami hendaklah memperoleh persetujuan anda terlebih dahulu. Jika kami menggunakan maklumat peribadi untuk menghantar maklumat melalui e-mel (termasuk e-surat berita), kami akan sentiasa memberi anda peluang untuk "henti langgan", dan kami akan menghormati kehendak anda.

3.                  Adakah Maklumat Peribadi Anda Akan Diberikan Kepada Orang Lain?

TA hanya membuat pendedahan maklumat peribadi anda secara terhad sahaja. Contoh pendedahan ini dijelaskan di bawah. TA berkongsi maklumat peribadi yang ia peroleh semasa mengendalikan acara perdagangan dengan pihak berkuasa pelancongan Kerajaan Negeri Australia dan Kerajaan Wilayah Australia. Pihak berkuasa yang terlibat adalah Tourism Australia Barat, Tourism Tasmania, Tourism NT, Suruhanjaya Pelancongan Australia Selatan , Tourism New South Wales, Tourism Queensland, Tourism Victoria dan Tourism Ibu Negara Australia. Pendedahan seperti ini dimaklumkan apabila maklumat peribadi tersebut dipungut. Kami juga mungkin menzahirkan maklumat peribadi kepada pembekal khidmat luar yang membantu kami mengendalikan perniagaan kami (cth Perunding IT, firma penerbit). Jika TA menggunakan khidmat pembekal luar, kami memerlukan kontraktor berkenaan untuk mematuhi obligasi privasi kontraktual yang mencerminkan obligasi privasi TA yang ketat dalam ruang lingkup IPP. Dalam konteks Program Pakar Aussie TA, maklumat peribadi hanya boleh dizahirkan dengan persetujuan peserta program ini. Misalnya, sekiranya dipersetujui, maklumat peribadi mengenai peserta boleh dizahirkan kepada organisasi yang terlibat dalam industri pelancongan Australia seperti syarikat penerbangan, hotel, syarikat pengendali pelancongan dan pembekal produk. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi ini tidak akan dizahirkan tanpa persetujuan. Sebaliknya, TA akan hanya menzahirkan maklumat peribadi dengan persetujuan anda secara jelas, atau jika ini diperlukan oleh undang-undang atau dibenarkan di bawah Akta Privasi. Satu contoh di mana penzahiran mungkin diperlukan oleh undang-undang adalah apabila permintaan dibuat di bawah Akta Kebebasan Maklumat 1982 (Akta FOI). Walau bagaimanapun, jika akses kepada sesuatu rekod yang mengandungi maklumat peribadi anda diminta oleh pihak ketiga, prosedur Akta FOI yang direka khas untuk melindungi privasi anda akan berkuatkuasa.

 

4.                  Kawalan Keselamatan Maklumat Peribadi

TA memandang serius perihal kawalan keselamatan maklumat peribadi. Kebanyakan rekod elektronik maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh TA disimpan dalam pangkalan data yang dihos oleh pelayan di Australia. Sesetengah rekod (yang berkaitan dengan pengguna) disimpan dalam pangkalan data yang dihos dalam pelayan di pejabat kami di luar negara. Dalam setiap keadaan, sistem IT kami dilindungi oleh langkah kawalan keselamatan IT yang sewajarnya. Jika anda tidak tinggal di Australia, dan kami ingin menyimpan maklumat peribadi anda pada pelayan yang terletak di Australia, kami akan meminta persetujuan anda secara umum untuk melakukan sedemikian semasa kami mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda. Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda dipindahkan ke Australia, tolong jangan berikan kami maklumat peribadi anda. Jika anda pernah berurusan dengan TA pada masa lalu, dan tidak mahu maklumat peribadi anda disimpan di Australia, anda boleh meminta untuk dikeluarkan daripada pangkalan data kami pada bila-bila masa (menggunakan maklumat hubungan yang terdapat dalam seksyen 7 di bawah). Kami juga memerlukan kakitangan kami untuk memastikan yang rekod kertas yang mengandungi maklumat peribadi disimpan secara selamat. Personel TA dibendung oleh obligasi kerahsiaan sebagai syarat pekerjaan mereka, dan ini turut merangkumi usaha memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh TA dipastikan kekal rahsia.

 

5.                  Akses dan Pembetulan

Dalam ruang lingkup Akta Privasi, anda berhak untuk mendapat akses kepada rekod maklumat peribadi anda yang disimpan oleh TA mengenai anda. Anda juga berhak untuk meminta kami meminda maklumat peribadi anda demi memastikan ia tepat dan terkini. Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi mengenai anda yang kami simpan, sila buat permohonan secara bertulis, dan hantarkan kepada Pengurus Risiko dan Pentadbiran kami, menggunakan butiran hubungan yang tertera di penghujung Dasar Privasi ini.

 

6.                  Isu Privasi Dalam Talian

Jika anda menggunakan laman web TA, anda difahamkan sebagai bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera pada laman web kami. Ini termasuk mempersetujui terma dasar privasi ini. Umumnya, anda boleh melawat laman web TA tanpa memberitahu kami siapa anda atau menzahirkan sebarang maklumat peribadi mengenai diri anda. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami mungkin perlu mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda. Misalnya, jika anda mendaftar untuk menerima penerbitan kami atau menghadiri sesuatu acara, kami akan perlu mengumpulkan beberapa maklumat peribadi daripada anda. Pada masa pemungutan, kami akan mendapatkan kebenaran anda untuk menghantar komunikasi elektronik lanjut kepada anda, dan untuk maklumat peribadi anda disimpan dalam pangkalan data yang dihos di Australia. Jika pada bila-bila masa selepas anda menyerahkan maklumat peribadi anda kepada kami, anda tidak mahu lagi menerima maklumat daripada kami, hanya ikuti arahan "henti langgan" di penghujung mana-mana komunikasi e-mel yang anda terima, atau hubungi kami menggunakan butiran hubungan di seksyen 7 Dasar Privasi Luar ini. Tiada usaha akan dibuat oleh TA untuk mengenal pasti laman web pengguna atau aktiviti pelayaran mereka kecuali dalam keadaan penyiasatan yang jarang-jarang berlaku, yang melibatkan agensi penguat kuasa undang-undang mungkin mengeluarkan waran untuk memeriksa log pelayan. Fail statistik dan log mungkin disimpan dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan dan digunakan pada bila-bila masa dan dalam apa jua cara yang diperlukan untuk menghalang pencabulan kawalan keselamatan dan untuk memastikan integriti maklumat yang dibekalkan oleh TA.

Umumnya pada laman web TA, alamat IP (alamat Internet sesebuah komputer) dilog untuk mengesan sesi pengguna sementara pengguna kekal tanpa nama. Kami menganalisis data untuk trend dan statistik tertentu, seperti bahagian laman kami yang mana yang dilawati oleh pengguna dan berapa lama mereka meluangkan masa di sana. Kami tidak menghubungkan alamat IP anda kepada sesuatu yang mengenal pasti diri anda. Dalam keadaan terhad yang melibatkan maklumat sesi yang bukan atas dasar tanpa nama, TA akan memberi notis mengenai amalan ini dan peluang untuk "memilih untuk tidak menyertai".

Apabila kami menerima maklumat mengenai sesi anda atau mengenai anda, kami juga mungkin menggunakannya untuk penyelidikan atau untuk memperbaik laman kami dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.

 

           a)         Kuki

    Sesetengah laman web TA menggunakan "kuki", iaitu fail kecil yang boleh diletakkan pada cakera keras anda untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki membantu kami mengingati siapa anda. Kuki boleh membuat lawatan anda yang selanjutnya ke laman web berkenaan lebih mudah dan lebih selanjar. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk memaklumkan anda apabila anda menerima kuki, dengan itu, memberi anda peluang untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak. Walau bagaimanapun, dengan tidak menerima kuki, sesetengah laman web mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul atau anda mungkin tidak dibenarkan untuk mengakses maklumat tertentu) Sesebuah pelayan tidak dapat mencari nama atau alamat e-mel, atau sesuatu mengenai komputer pengguna, dengan menggunakan kuki.

           b)         Kawalan Keselamatan Dalam Talian

 TA berusaha untuk memastikan kawalan keselamatan, integriti dan privasi maklumat peribadi yang diserahkan kepada laman kami, dan mengemas kini langkah kawalan keselamatannya secara berkala, agar sejajar dengan teknologi terkini.

 Anda perlu menyedari risiko berkaitan yang wujud dalam penyiaran maklumat melalui Internet. TA tidak dapat menjamin atau memberi waranti mengenai kawalan keselamatan mana-mana maklumat peribadi yang anda serahkan kepada laman kami. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai perkara ini, TA mempunyai beberapa kaedah lain untuk memperoleh dan menyediakan maklumat. Kemudahan surat-menyurat biasa, telefon dan kemudahan faks juga ada.

 Laman TA mungkin juga dipautkan ke laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Pautan ini adalah untuk kemudahan anda sahaja. Pautan ke pihak ketiga tidak membawa maksud tajaan atau pengendorsan atau kelulusan laman-laman ini. Para pengunjung ke laman-laman ini hendaklah merujuk pada dasar dan amalan privasinya yang berasingan.

 

7.           Maklumat Tambahan

Jika anda ada sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini, atau jika anda ingin membuat aduan mengenai cara TA telah mengendalikan maklumat peribadi mengenai anda, sila hubungi Pengurus Risiko dan Pentadbiran kami, menggunakan butiran hubungan di bawah:

Melalui E-mel:      privacy@tourism.australia.com

Melalui Pos:         GPO 2721 Sydney NSW 1006 Australia

Melalui Telefon: +61 2 9360 1111

Tourism Australia menyemak dasar Privasinya secara berkala dan berhak, menurut budi bicaranya, untuk mengubah atau mengeluarkan bahagian tertentu dasar ini pada bila-bila masa.

Dasar ini dikemas kini: Januari 2007