Pentauliahan T-QUAL

T-QUAL Tick

Merancang percutian sempurna di Australia kini lebih mudah kerana T-QUAL Tick. Sama ada anda sedang mencari tempat penginapan, tempat makan, atau aktiviti yang hendak dilakukan, hanya cari perniagaan yang membawa tanda T-QUAL Tick dan anda akan mendapat kualiti yang sepatutnya.

Mengapa cari T-QUAL Tick?

T-QUAL Tick merupakan simbol nasional kualiti pelancongan Kerajaan Australia.

Perniagaan pelancongan yang membawa tanda T-QUAL Tick telah melalui penilaian yang ketat untuk memastikan ia menawarkan pengalaman yang berkualiti.

Perniagaan-perniagaan ini merupakan ahli skim jaminan kualiti yang telah memenuhi keperluan Pentauliahan T-QUAL.

Bagaimana T-QUAL Tick boleh membantu anda?

T-QUAL Tick membantu anda membuat pilihan yang lebih termaklum dengan mengenal pasti produk dan perkhidmatan pelancongan Australia yang berkualiti.

Apabila menempah produk dan perkhidmatan yang disahkan oleh T-QUAL Tick:

Berasa yakin yang jangkaan anda akan dipenuhi;

Percaya bahawa standard tinggi yang berterusan akan menyampaikan pengalaman yang bermutu;

Peroleh nilai bagi wang dalam julat harga pilihan anda;

Nikmati perancangan percutian yang lebih cepat dan lebih mudah; dan

Bertenang, kerana anda tahu keperluan anda akan dipenuhi.

Bagaimana cara mencari produk dan perkhidmatan yang disokong oleh T-QUAL Tick?

Untuk memudahkan pencarian produk dan perkhidmatan yang disokong oleh T-QUAL:

Apabila menggunakan fungsi carian pada australia.com, dalam hasil carian, produk dan perkhidmatan ini akan muncul di atas produk yang tidak ditauliahkan. T-QUAL Tick juga akan dipaparkan pada penyenaraiannya.

Ia ditempatkan di laman mikro T-QUAL pada TripAdvisor Australia, yang menyediakan akses kepada ulasan pelanggan.

Sesetengah produk dan perkhidmatan yang disokong oleh T-QUAL mungkin tidak tersenarai dalam talian, oleh itu cari T-QUAL Tick pada risalah, bangunan dan kenderaan.

Skim jaminan kualiti yang disokong oleh T-QUAL

Skim jaminan kualiti yang disokong oleh T-QUAL telah melalui penilaian yang ketat untuk memastikan agar mereka menilai perniagaan dan pengendali sehingga ke tahap tertinggi. Skim jaminan kualiti yang disokong oleh T-QUAL termasuk:

    Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai T-QUAL