Perihalan

Fakta Mengenai Australia

Fakta mengenai Australia

Di sini anda akan menemui segala maklumat yang anda perlu tahu untuk menjadikan lawatan anda ke Australia suatu pengalaman yang paling bermakna. Ketahui sejarah, budaya, wain dan makanan yang lazat, serta seni dan pemandangan semula jadi kami yang menakjubkan.

Daripada sejarah orang asli yang kaya sejak lebih daripada 50,000 tahun dahulu kepada wira dan peneroka lagenda kami yang memacu perkembangan dan kepada bintang filem antarabangsa kami, anda akan ketahui dengan mendalam ciri-ciri yang menjadikan Australia sebuah negara yang bersemangat, moden dan berbilang budaya pada hari ini.

Fakta penting

Fakta penting

Ketahui segalanya mengenai bandar raya kami, Negeri dan Wilayah, keadaan cuaca, zon masa, mata wang, fakta mengenai tumbuhan dan haiwan kami yang unik serta maklumat tentang keperluan entri visa Australia.

Budaya dan sejarah

Budaya dan sejarah

Australia adalah salah sebuah negara yang paling tua dan juga paling muda di planet ini. Ketahui mengenai budaya dan sejarah, seni, inovasi kami dan orang Australia yang paling terkenal.

Muka bumi Australia

Muka bumi Australia

Australia ialah pulau yang terbesar dan merupakan benua terkecil, paling mendatar di dunia. Ketahui mengenai landskap yang menghiasi bandar raya kosmopolitan kami, pengalaman semula jadi yang menakjubkan dan wilayah wain yang terkenal.