Jalur pantai Australia

Jalur pantai Australia

Kepingin percutian pantai Australia?
 
Ketahui mengenai beberapa destinasi pantai terkemuka.  Terdapat Great Ocean Road di Victoria, yang menyambungkan pantai luncur terkemuka, pekan tepi pantai yang aman damai, tempat tinjau ikan paus dan Twelve Apostles.  Di Freycinet National Park Tasmania, anda boleh berenang, memancing berkayak berlatarkan pemandangan pergunungan merah jambu, laut yang berwarna firus dan pasir yang putih bersih.

Australia mempunyai pelbagai perjalanan jalur pantai yang menakjubkan.  Belayar melalui Whitsundays atau kembara berjalan kaki di jalur pantai Wilsons Promontory yang masih murni di Victoria.  Memandu dari Sydney ke Cairns di sepanjang Pacific Coast Touring Route yang amat indah pemandangannya.  Di Australia Barat, Indian Ocean Drive menghubungkan pantai putih bersih, terumbu karang, pekan nelayan dan taman negara.  South West Beaches dan Goldfields akan membawa anda melalui Margaret River ke jalur pantai selatan. 
 
Untuk lebih banyak idea percutian tepi pantai, baca mengenai pantai Sydney yang berkilauan dan laluan jalan kaki pinggir pantai yang mendakap cenuram di Bondi hingga Bronte.  Kami boleh memberitahu anda mengenai pantai luncur Australia untuk membantu anda bercuti sambil meluncur air Australia!

Terokai pantai, lautan dan pulau yang masih murni yang menjadi paksi cara hidup di Australia.
Di mana sahaja anda menemui tempat-tempat ini, pantai berpasir putih bersih kami benar-benar seperti yang anda bayangkan - lengang, masih tidak terusik dan amat menakjubkan.  Izinkan diri anda terpesona oleh tempat yang tersenarai dalam Warisan Dunia, bersantai di tempat beristirehat di pantai atau nikmati ikan dan kentang goreng di tepi pantai.  Bagaimanapun anda memutuskan untuk menikmati jalur pantai kami, ombak yang memecah pantai dan bayu laut sepoi-sepoi bahasa kesemuanya sebahagian daripada gaya hidup yang pasti menambat hati anda hingga berat untuk meninggalkannya.

Pelajari lebih lanjut Jalur Pantai

Memandu melalui alam semula jadi di Great Ocean Road yang indah dan berliku-liku bersebelahan Southern Ocean yang bergelora dan terdedah kepada angin dari Geelong ke Portland. Kawasan yang pelbagai dan dramatik ini mempunyai pantai untuk luncur air, pelabuhan bersejarah, tempat peninjau ikan paus, banjaran gunung yang mempesonakan, hutan hujan dan taman negara.

Lihat ombak gergasi di Bells Beach dan bersantai di atas pasir umpama emas di Lorne. Berkunjung ke tapak penting Orang asli berhampiran Tower Hill atau lihat bangkai kapal berhampiran perkampungan nelayan yang cantik di Port Fairy. Sudah tentu, anda tidak boleh ketinggalan melawat Twelve Apostles – susunan batu kapur berceranggah yang menaik dengan hebatnya dari Southern Ocean.

Pelajari lebih lanjut Great Ocean Road

Alami sebahagian daripada tarikan pinggir pantai terbesar Queensland- dari Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia ke pulau dan taman negara hutan hujan yang asli. Pandu kenderaan pacuan empat roda ke Fraser Island, pulau pasir yang terbesar di dunia dan lihat ikan pari manta dan penyu di Mon Repos, berdekatan Bundaberg. Menginap di Rockhampton dan lawati Great Keppel Island dan Capricon Caves. Bersnorkel atau menyelam di terumbu dan bangkai kapal berdekatan Mackay dan belayar di Whitsundays yang seindah poskad bergambar. Berjalan di pantai memutih Magnetic Island, berdekatan Townsville dan lebih jauh ke utara lawati Hinchinbrook, taman negara pulau yang terbesar di Australia. Warna, bauan dan bunyi yang jelas di pinggir pantai yang indah permai ini akan kekal bersama anda walaupun pengembaraan anda telah lama berakhir di Cairns, pintu masuk ke utara tropika Queensland.

Pelajari lebih lanjut Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik

Jelajahi pantai yang berkilauan dan daerah pedalaman yang hijau di Central Coast, tempat penghasilan wain di Hunter Valley dan serokan Pelabuhan Stephens yang cantik. Berlatih memukul bola di padang golf hutan hujan di Coffs Coast dan kembalikan aura anda di pantai Byron Bay. Menyelam di samping ikan-ikan yang berwarna terang di Taman Marin Solitary Islands atau teruskan ke Gold Coast yang bermandikan cahaya terang. Pemanduan yang berlatarkan pemandangan cantik ini membawa anda dari Sydney ke Brisbane, dengan pantai yang landai, perkampungan yang lengang, hutan hujan yang berlumut, pengembaraan dan bersantai dalam perjalanan.

Pelajari lebih lanjut Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik

Laluan Pelancongan Selatan yang hebat mengubah suasana romantik perjalanan kepada kisah percintaan yang hebat. Memandu di sepanjang Great Ocean Road melewati tempat luncur air yang menjadi legenda di Torquay dan Bells Beach, kemudian teruskan perjalanan ke syurga percutian di Lorne dan Twelve Apostles yang amat mengagumkan. Berjalan melalui air terjun dan hutan rimba di Taman Negara Otway dan saksikan ikan paus dari pekan Warrnambool yang bersejarah. Panjangkan perjalanan anda dengan menginap di mana-mana pekan di sepanjang pantai yang indah dan damai dari Apollo Bay hingga ke Port Fairy. Jauh ke daratan dari Lautan Selatan yang ganas dan berangin kencang, anda boleh menjelajahi sejarah Orang Asli Australia di Grampians dan warisan kerubut emas di Ballarat.

Pelajari lebih lanjut Laluan Pelancongan Selatan yang Hebat

Ketahui landskap barat daya Australia yang pelbagai jenis serta memukau. Memandu dari Perth melalui pelabuhan bersejarah Fremantle yang penuh aktiviti dan berenang dengan dolfin di Mandurah dan Bunbury. Jelajahi tempat membuat wain, pantai luncur air, gua batu kapur purba dan hutan pokok karri yang menjulang tinggi di kawasan Margaret River. Berjalan melalui kanopi pokok yang mencakar langit di Valley of the Giants berdekatan Walpole. Berenang dan bermain luncur air dari pantai Esperance yang bersih, kosong dan putih dan berlayar ke pulau Recherche Archipelago yang belum diganggu. Rasai demam mencari emas di Kalgoorie-Boulder dan jejak laluan emas bersejarah yang diambil oleh peneroka. Lihat pasir emas berubah ke lembah yang hijau sambil anda memandu balik ke Perth.

Pelajari lebih lanjut Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas

Lihat unta dan keistimewaan tersendiri Broome, bandar pemutiaraan eksotik yang terletak di pintu masuk ke Kimberley. Beli mutiara dan nikmatilah juadah dari pelbagai kewarganegaraan di Chinatown yang pada suatu masa dahulu merupakan sebuah pusat billiard dan sarang pencandu yang sibuk. Tunggang unta di sepanjang pantai berpasir putih di Cable Beach tempat untuk menyaksikan mentari merah tenggelam ke dalam Lautan Hindi. Lihat kesan tapak kaki dinosaur yang dipelihara dalam batu dan perhatikan burung dari Roebuck Bay. Antara bulan Mac dan Oktober, anda boleh melihat magis romantik ‘Anak tangga menuju ke Bulan’, ilusi berkilauan yang terhasil dari pantulan cahaya bulan yang sedang terbit.

Pelajari lebih lanjut Broome

Selami budaya luncur air, sinaran mentari dan keseronokan bercuti di pantai-pantai luncur air sekitar Torquay.
Anda boleh menikmati pelbagai keseronokan tepi pantai di Torquay, tetapi pekan percutian yang indah ini sangat terkenal dengan pantai luncur air yang mengelilinginya. Terletak di barat daya Melbourne di pintu masuk ke Great Ocean Road, Torquay disempadani tempat dengan pelbagai nama menarik seperti di alam pari-pari.

Pelajari lebih lanjut Torquay

Terokai beberapa di antara 70 buah pantai indah di Sydney dari teluk yang terpencil hinggalah ke deretan kawasan berpasir yang terkenal di dunia.
Pantai Sydney akan memanggil-manggil anda sebelum anda sempat mendarat di Botany lagi. Anda mungkin akan ternampak pantai-pantai ini ketika dalam kapal terbang – rangkaian keemasan yang terbentang jauh dan terpisah merentasi kedua-dua belah pelabuhan dan dikelilingi belukar yang menghijau dan lautan. Atau video yang mengalu-alukan kedatangan anda yang dipasang di atas kapal terbang mungkin bermula dengan imej terkenal Bondi Beach yang akan berlegar-legar dalam kepala anda. Jika anda gemar meluncur air, sukakan sinaran matahari atau anda sememangnya sukakan laut, anda tidak akan sabar untuk bermain ombak, menghirup udara masin atau bersantai di atas pasir.

Pelajari lebih lanjut Sydney's beaches

Musim panas Sydney semuanya mengenai pesisir pantainya, dan tidak banyak tempat yang setanding  dan dianggap sebagai ikon seperti dari Bondi ke Bronte.  Pelajari bagaimana untuk meluncur, sertai orang-orang yang menarik di Tamarama dan berenang di kolam batu mesra keluarga Bronte.  Lihat kesemua tiga pantai pada laluan Brondi ke Bronte - pesisir pendek yang menakjubkan sepanjang cenuram batu pasir. 

Pelajari lebih lanjut Bondi ke Bronte, Sydney

Jalur Pantai