Australia adalah negara untuk semua musim. Anda boleh membuat hampir apa-apa sahajapada bila-bila masa sepanjang tahun. Terdapat empat musim merentasi kebanyakan kawasan dalam negara dan musim hujan dan kering di kawasan utara yang tropikal.
Musim panas di Australia, daripada bulan Disember ke Februari ialah masa yang hebat untuk aktiviti luar. Berenang di pantai-pantai Sydney atau mendaki Rintis Darat Tasmania. Bulan Mac ke Mei merupakan musim luruh, musim dengan dedaun kering di Canberra dan Formula 1 Grand Prix di Melbourne. Musim sejuk Australia, daripada bulan Jun ke Ogos menawarkan aktiviti meluncur salji di Alps Australia. Atau sebagai alternatif, ikuti percutian matahari musim sejuk. Bersnorkel di Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef) dengan iklim sederhana atau menaiki pacuan empat roda melalui Simpson Desert di South Australia. Musim bunga di Australia, daripada bulan September ke November adalah masa untuk melihat ikan paus dan bunga liar sambil anda meneroka kawasan pembuatan wain di wilayah Margaret River di Western Australia.
Di kawasan tropikal Australia, musim kering adalah daripada bulan Mei ke Oktober dan anda akan mendapat hari yang terang dan langit biru yang cerah. Tiba masa untuk mengalami suasana pasar luar, filem dan perayaan di Darwin. Bulan Disember ke Mac ialah musim hujan, yang panas, danlembap dengan hujan ribut harian. Alami keajaiban monsun di Litchfield dan Taman Negara Kakadu dan terbang melintasi Katherine Gorge yang menarik sewaktu paras air penuh.
Musim Panas Australia Menjemput Anda! Alami musim panas Australia yang indah dari bulan Disember ke Februari. Jalan di sepanjang tebing pantai yang luar biasa dari Pantai Bondi di Sydney ke Bronte. Perjalanan waktu siang dari Melbourne ke ladang anggur, pantai, taman negara, padang golf dan spa siang di Semenanjung Mornington. Rasa makanan dan wain terbaik Tasmania di kawasan dermaga Hobart atau terokai makanan, wain dan sejarah di Lembah Swan, berdekatan Perth. Makan makanan laut segar di sekeliling pinggir pantai asli Semenanjung Eyre di Australia Selatan atau lihat peneluran serentak batu karang di Great Barrier Reef, Queensland. Alami ribut kilat yang mengagumkan dan tumbuhan mekar di Top End tropika. Atau dekati haiwan asli Australia dan sejarah purba Orang Asli di Tidbinbilla Nature Reserve, berdekatan Canberra. Musim panas di Australia turut merupakan musim untuk kriket bertaraf dunia, tenis grand slam, pesta muzik yang bertenaga, sambutan NYE dan peristiwa kebudayaan luar rumah.
Pelajari lebih lanjut Jelajah musim panas Australia
Temui kepelbagaian musim luruh Australia yang magis, berlanjutan dari Mac hingga Mei hampir di segenap pelosok negara. Lihat pepohonan merah keemasan di Orange, pusat makanan dan wain luar bandar di barat Sydney. Jelajahi ladang anggur, desa dan hutan berkabus di Yarra Valley Victoria. Alami pengembaraan di sepanjang Brisbane River yang berpemandangan cantik. Alami kehidupan gembala lembu dalam perjalanan sepanjang Oodnadatta Track yang bersejarah di Australia Selatan. Tuju ke Litchfield National Park yang subur di Northern Territory atau ke Kununurra di Australia Barat untuk ke Ord Valley Muster yang luas. Berakit air tawar di pantai hutan liar Tasmania atau memancing dan berkhemah di tepi Murrumbidgee River Corridor, berdekatan Canberra. Musim luruh juga padat dengan berbagai-bagai acara, dari perayaan makanan dan wain hingga minggu fesyen dan Grand Prix Melbourne.
Pelajari lebih lanjut Kunjungi Australia semasa Musim Luruh!
Regangkan kaki anda, luaskan minda dan jiwa anda dan lihatlah laluan berjalan kaki yang melalui berbagai-bagai bentuk rupa bumi yang amat terkenal di Australia. Berjalan pada waktu siang sahaja, berjalan kaki hanya di beberapa bahagian dengan pemandangan indah sahaja atau berjalan kaki di sepanjang laluan ini dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa minggu bahkan mungkin beberapa bulan untuk menyempurnakannya.
Pelajari lebih lanjut Selamat datang ke Musim Dingin
Alamilah musim bunga di Australia dari bulan September hingga November bagi kebanyakan tempat di negeri ini. Di utara tempat kami yang beriklim tropika, inilah masa ikan berkumpul atau musim pra-monsun.
Lihatlah penduduk Melbourne berpakaian dengan bergayanya untuk menghadiri Melbourne Cup yang menghentikan negara ini. Nikmati opera, jaz, blues dan arca di antara ladang anggur di Hunter Valley berdekatan dengan Sydney. Gabungkan makanan, wain, menyelam dan meluncur air di Margaret River di Western Australia. Susuri titian purba di Daintree Rainforest yang tersenarai dalam Warisan Dunia di Queensland. Alami hidupan liar dan pertunjukan bunga liar di Kangaroo Island di South Australia atau jerat ikan barramundi besar semasa ikan ini berkumpul di Northern Territory. Lihatlah Canberra terserlah dengan jutaan bunga yang mekar pada musim bunga di Floriade atau berjalan di taman berwarna-warni di Tasmania menuju ke tempat tarikan semula jadi dan bersejarah. Di Australia, musim bunga juga merupakan musim yang baik untuk meluncur, berkayak dan berkanu.
Pelajari lebih lanjut Musim bunga kami menyerlahkan diri anda