Temui Musim Panas Australia

Gold Coast, QLD. © Tourism Australia

Temui Musim Panas Australia

Musim Panas Australia Menjemput Anda!

Alami musim panas Australia yang indah dari bulan Disember ke Februari. Jalan di sepanjang tebing pantai yang luar biasa dari Pantai Bondi di Sydney ke Bronte. Perjalanan waktu siang dari Melbourne ke ladang anggur, pantai, taman negara, padang golf dan spa siang di Semenanjung Mornington. Rasa makanan dan wain terbaik Tasmania di kawasan dermaga Hobart atau terokai makanan, wain dan sejarah di Lembah Swan, berdekatan Perth. Makan makanan laut segar di sekeliling pinggir pantai asli Semenanjung Eyre di Australia Selatan atau lihat peneluran serentak batu karang di Great Barrier Reef, Queensland. Alami ribut kilat yang mengagumkan dan tumbuhan mekar di Top End tropika. Atau dekati haiwan asli Australia dan sejarah purba Orang Asli di Tidbinbilla Nature Reserve, berdekatan Canberra. Musim panas di Australia turut merupakan musim untuk kriket bertaraf dunia, tenis grand slam, pesta muzik yang bertenaga, sambutan NYE dan peristiwa kebudayaan luar rumah.


Musim panas kami membawa anda...

Bondi ke Bronte, Sydney

Bondi ke Bronte, Sydney

Alami kehidupan hebat musim panas Sydney berjalan dari Bondi dan Bronte.

Semenanjung Mornington, tempat percutian musim panas Melbourne

Semenanjung Mornington, tempat percutian musim panas Melbourne

Temui semula kegembiraan musim panas menyenangkan di Semenanjung Mornington yang cantik, terletak hanya sejam di selatan Melbourne.

Denai akuakultur Australia Selatan

Denai akuakultur Australia Selatan

Gabungkan makanan laut bertaraf dunia dengan keunikan pengalaman dan landskap pantai yang mengagumkan dalam jejak akuakultur mengelilingi Semenanjung Eyre.

Musim panas di Lembah Swan

Musim panas di Lembah Swan

Tingkatkan sedikit cahaya dalam hidup anda di Lembah Swan, tempat dengan pemandangan menarik yang dipenuhi makanan, wain dan sejarah hanya 25 minit dari Perth.

Festival Rasa Tasmania

Festival Rasa Tasmania

Raikan tahun baru dengan makanan dan wain, hiburan dan perahu layar Tasmania selama seminggu di kawasan dermaga bersejarah Hobart.

Musim panas tropika di Top End Australia

Musim panas tropika di Top End Australia

Sertai kitaran kehidupan yang lebih cergas semasa musim panas tropika di Darwin, Kakadu dan Katherine.

Kehebatan kehidupan laut musim panas Queensland

Kehebatan kehidupan laut musim panas Queensland

Saksikan penyu bersarang dan menetas berdekatan Bundaberg dan peneluran batu karang besar-besaran di Terumbu Sawar Besar ketika musim panas dari bulan November hingga Mac.

Taman Negara Tidbinbilla

Taman Negara Tidbinbilla

Temui diri anda antara haiwan asli Australia dan artifak penduduk asli zaman dahulu pada perjalanan musim panas di hutan, berbasikal atau memandu di Taman Negara Tidbinbilla.

Merancang untuk mengembara ke Ausralia dengan selamat

Merancang untuk mengembara ke Ausralia dengan selamat

Dapatkan banyak petua keselamatan dan nasihat perjalanan untuk membantu anda merancang percutian Australia anda.

Haiwan Australia
Petua/bahaya Perjalanan Australia
Petua yang Berguna


Perjalanan

Perjalanan

Mengembara di Australia

Musim panas Australia merupakan masa terbaik untuk memulakan perjalanan memandu sendiri melalui hutan hujan tropika, mencabar diri anda dengan berjalan di gunung atau malah kembara berbasikal.

Kanangra ke Katoomba Walk, New South Wales
Laluan Munda Biddi, Australia Barat
Laluan Hutan Hujan, Queensland
Yang Indian Ocean Drive, Australia Barat

Great Tropical Drive, Queensland
Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road
Memandu menyeberangi Nullarbor


Tarikan budaya Australia

Tarikan budaya Australia

Dari monumen kebangsaan hinggalah ke galeri butik dan pesta terbuka di luar, bandar raya Australia mempunyai budaya kreatif yang kaya dan sentiasa berkembang maju.

Hadiri persembahan menyeluruh di Sydney Opera House yang menjadi ikon dunia dan terokai khazanah negara di Canberra.


Tarikan warisan Australia

Tarikan warisan Australia

Hayati sejarah Australia, dari tradisi Aborigine tua, hinggalah ke era banduan dan penjajah.

Ketahui mengenai pemilik tradisi Sydney dan lihat permulaan koloni di tapak sejarah yang mengunjur dari pelabuhan hinggalah ke Parramatta.

Jelajah musim panas Australia

Grand Slam Australia Tenis Musim Panas

Grand Slam Australia Tenis Musim Panas
Saksikan pemain tenis antarabangsa bertanding merentasi Australia sebelum kemuncaknya di Australian Open.

Malam Tahun Baru

Malam Tahun Baru
Sambut tahun baru di Australia, yang perayaannya merangkumi parti luar bangunan dan permainan bunga api yang hebat.

Kriket Musim Panas Australia

Kriket Musim Panas Australia
Rasai semangat kriket Australia, yang merupakan sebahagian daripada gaya hidup musim panas.

Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart

Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart
Lihat kapal berlayar keluar dari Pelabuhan Sydney dan ke dalam Hobart.

Pesta Bandar Raya Australia

Pesta Bandar Raya Australia
Alami suasana di bandar raya Australia semasa pesta utama.

Festival Muzik Australia

Festival Muzik Australia
Pilih muzik jenis apa yang menggembirakan anda di Australia, ditawarkan dalam kalendar pesta yang cukup padat.

Mardi Gras Sydney

Mardi Gras Sydney
Alami Sydney dengan latar belakang bulu, kilau-kilauan, parodi dan maruah.

Acara utama Australia

Acara utama Australia
Sertailah ke pelbagai acara-acara, perayaan dan pameran yang terdapat di Australia.