Bandaraya

Bandaraya

Alami bandaraya Australia yang bersemangat, yang kaya dengan keindahan semula jadi, tarikan kebudayaan, keindahan bangunan dan sejarah Orang Asli.

Terdapat banyak pengalaman di bandar-bandar raya Australia yang dinamik dan berbeza, yang sarat dengan tarikan kebudayaan dan keindahan semula jadi. Kembara berjalan kaki mengelilingi pelabuhan Sydney yang memukau atau tenangkan minda anda di lorong-lorong Melbourne. Berenang bersama ikan lumba-lumba di Adelaide, puaskan keinginan anda di sepanjang South Bank di Brisbane atau selami sejarah purba Orang Asli di Alice Springs. Setiap bandar kami adalah unik, tetapi setiap satu menawarkan gaya hidup luaran yang santai, adunan budaya dan bermacam ragam teater, restoran, kehidupan malam dan acara. Di samping itu pencakar langit dan jalur beli-belah hanya terletak dalam jarak yang dekat dengan pergunungan, lautan, sungai dan belukar. Berikut adalah hanya beberapa pengalaman yang sukar dilupakan yang ditawarkan oleh bandar raya Australia.

Selami pemandangan pelabuhan Sydney yang jutaan dolar nilainya secara percuma dalam Great Coastal Walk, yang mengunjur dari Barranjoey di utara ke Cronulla di selatan. Fikirkan tanjung tinggi yang dramatik, cenuram batu pasir, pantai keemasan, lagun yang subur dan belukar asli. Perjalanan ini ditaburi monumen Orang Asli dan sejarah penjajah di Sydney. Anda akan memerlukan lapan hari untuk keseluruhan perjalanan. Sekiranya tidak, lakukan perjalanan sehari dalam bahagian yang indah pemandangannya, merayau-rayau keluar dari laluan atau pisahkan perjalanan ini dengan menaiki pengangkutan awam. Berkhemah di gua rahsia dan taman negara atau tinggal di sub bandar tepi pantai yang indah pemandangannya seperti Manly dan Bondi.

Terdapat pelbagai khazanah di lorong-lorong yang berturap batu bundar yang tersembunyi secara rahsia di luar jalan raya Melbourne yang tersusun rapi. Temui bar mewah, trattoria kecil, ruang seni rahsia dan butik yang tersembunyi. Bangun pagi dan nikmati kopi yang enak di Degraves Street dan Centre Place atau dengar jaz live di Bennetts atau Manchester Lane. Makan di bawah tanah di restoran aras bawah tanah George Parade atau makan tengah hari dengan menikmati minuman istimewa di Chinatown sepanjang Little Bourke Street. Dalam musim panas, band mendendangkan lagu kepada mereka yang makan di Hardware Lane yang bersejarah. Cari fesyen unik di Flinders Lane dan tinjau mural grafiti yang berani di Union Lane. Kunjungi galeri dan lihat pameran teknologi moden terkini, dari arca yang terapung hinggalah ke skap bunyi interaktif.

Dapatkan pemandangan tarikan negara Canberra dari atas semasa penerbangan fajar. Ini cara yang hebat untuk melihat keseluruhan bandar raya yang dirancang dengan teliti ini, di mana monumen, galeri dan taman terpancar dari tebing Tasik Burley Griffin. Lihat ke bawah di atas Parliament House, dengan tiang benderanya yang setinggi 81m dan perkarangan mozaiknya merupakan hasil cetusan ilham lukisan titik Gurun Tengah. Tinjau lebih banyak bangunan ikonik, taburan taman dan sub bandar Canberra yang elegan. Terdapat rasa kedamaian yang indah di celah-celah awan sambil anda melihat bandar raya ini bangun dari tidur. Selepas itu anda boleh mengenangkan kembali pengalaman dengan segelas champagne dan sarapan pagi buffet gourmet.

Anda boleh melihat muzium, galeri, teater dan banyak lagi di bawah satu bumbung yang mempunyai reka bentuk seni bina unik di Queensland Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Queensland) di South Bank. Lihat rangka dinosaur Queensland di Muzium Queensland atau alami keseronokan pameran sains interaktif di Sciencentre atau Pusat Sains. Menjamu mata dengan hasil karya seniman Australia di Queensland Art Gallery. Para penggemar seni persembahan boleh menonton balet, opera atau orkestra di salah sebuah teater di Queensland Performing Arts Centre. Selepas menyelami kebudayaan, anda boleh merayau-rayau di taman tepi sungai South Bank, berenang di lagun berpasir atau menjamu mata di pasar-pasar minggu yang berwarna-warni.

Hayati pemandangan, hidu aroma dan keriuhan Adelaide Central Market, pasar hasil ladang yang terbesar di Hemisfera Selatan. Dibuka dari hari Selasa hingga Sabtu, pasar-pasar ini menjual pelbagai hasil tempatan yang berwarna warni dan menguja selera. Dapatkan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran organik, daging dan ayam itik premium, makanan laut yang ditangkap atau diternak secara tempatan, keju gourmet dan produk bakeri. Makan makanan ringan dalam bentuk gula-gula dan kacang atau nikmati kopi atau makan sarapan lewat di kafe yang bergaya. Saksikan chef tetamu mengadakan demonstrasi masakan, mendaftar untuk kelas memasak atau belajar mengenai sejarah pasar ini dan pengaruh budaya berbeza dalam lawatan berpandu.

Terdapat banyak cara untuk menikmati Swan River yang melingkar melalui tengah-tengah Perth. Pergi luncur angin dan belayar ke teluk berpasir dan pantai seindah Matilda Bay. Sewa jet-ski atau rasai pengalaman penuh cabaran anda dengan ski-biskut atau para layar. Memancing ikan brim, mulloway dan taylor dari pinggir sungai dan temui tempat berkelah serta laluan jalan kaki yang indah pemandangannya. Dari Barrack Square, anda boleh berlayar melepasi rumah agam tepi sungai untuk tiba ke pelabuhan Fremantle yang sibuk. Di arah yang bertentangan, berhenti untuk merasa wain di ladang anggur Swan River atau teh Devonshire di Guildford yang bersejarah.

Menggabungkan sajian eksotik Darwin dan pemandangan air yang mempesona di salah sebuah restoran pelabuhan di kota. Pilihan sajian meliputi makanan tengah hari  di pub yang santai kepada makan malam mewah di Fannie Bay, lokasi kepada beberapa hartanah yang paling diingini di Darwin. Selami pemandangan merah jambu matahari terbenam dengan segelas minuman ‘sparkling’ Australia atau bayangkan kehidupan di kediaman pinggiran air apabila anda menikmati tiram yang segar. Anda akan menjumpai lebih banyak makanan ala santai di sekitar Teluk Cullen. Nikmati keenakan udang galah sambil menyaksikan bot, kapal layar dan perahu berdesakan di pelabuhan.. Berlegar di marina dengan aiskrim atau meninjau tempat makan Itali, Yunani dan Perancis.

Dahulunya merupakan tempat persinggahan para pelayar, pemburu ikan paus dan para pekerja, medan Salamanca Place kini merupakan pusat pelancongan utama di Hobart, yang mempunyai banyak tempat untuk makan dan minum. Gudang ala Georgian ini telah diubahsuai menjadi galeri, teater, kafe, bar dan restoran, dengan kaca dan krom berkilauan di atas batu pasir 1830an. Berjalan di pasar Sabtu yang meriah untuk secebis kraf yang tersendiri, buah-buahan dan sayur-sayuran organik atau bunga yang dipotong segar. Minum kopi di bawah payung teduh matahari atau menikmati bir Tasmania di pub bersejarah. Lihat band tempatan di Salamanca Arts Centre atau berlegar merentasi kuartet string yang hebat.

Ia sentiasa riuh di sepanjang esplanad pinggiran pantai elegan Cairns, di mana pengunjung dari serata dunia bersantai semasa percutian karang dan hutan hujan. Berenang di lagun air masin yang luas, meninjau kedai dan meneroka bar, hotel dan restoran yang mewah. Di belakang jalan, anda akan menjumpai kafe untuk kudapan ringan dan sarapan pagi serta pelbagai pilihan tempat makan global. Bermula dari senja, kawasan di antara esplanad dan Jalan McLeod akan menjadi kawasan sosial yang sesak. Beralih di antara pool bar, menikmati muzik secara langsung di taman bir atau menari beriramakan DJ di bilik rehat koktail atau kelab mega.

Dari pemandangan gurun berasaskan warna air kepada lukisan bintik pada musim ini, Alice Springs kaya dengan seni Aboriginal. Berlegar melalui Araluen Cultural Precinct, belajar tentang mitos, seni dan budaya Australia Tengah. Berkunjung ke Galeri Albert Namatjira dan menjenguk tradisi masyarakat Arrente di Pusat Strehlow. Mengesan sejarah kawasan geologi di Muzium Central Australia atau berjalan di antara tujuh tapak suci di Two Women Dreaming Track. Meninjau ke pusat seni, yang dibina di sekitar Pokok Cockword berusia 300 tahun yang suci kepada masyarakat Arrente. Atau menonton persembahan di teater profesional. Sesudah itu, meninjau seni kontemporari Aboriginal di sepanjang laluan pejalan kaki Todd Mall.

Meneroka ombak Gold Coast yang sempurna, yang merupakan syurga peluncur ombak. 35 pantai ini diawasi sepanjang tahun oleh perenang penyelamat profesional dan mempunyai ombak untuk semua peringkat pengalaman. Meluncur antara ombak terpanjang di dunia di Snapper Rocks Superbank berdekatan dengan Coolangatta. Snapperbank, Pantai Kirra dan Broadbeach adalah tempat di mana peluncur ombak profesional dunia berkumpul untuk acara Quicksilver Pro pada bulan Februari. Meluncur badan di Burleigh Heads, mendayung menyeberangi Gold Coast Seaway ke Pulau South Stradbroke atau belajar untuk meluncur ombak di Pulau North Stradbroke. Pusat meluncur ombak terkemuka yang lain termasuk Currumbin, Pantai Palm, Pantai Nobby dan Pantai Mermaid.

Saksikan tapak kaki dinasour berusia 130 juta tahun yang dipulihara dalam batu di Gantheaume Point. Anda boleh melihatnya dari terumbu semasa air surut, atau meninjau arca di puncak tinggi yang mencabar. Keajaiban tempatan yang lain ialah “Staircase to the Moon’, ilusi kekelabuan yang dicipta oleh pantulan bulan penuh yang terbit. Masyarakat tempatan menyambut fenomena tersebut-yang berlaku tiga malam dalam sebulan antara Mac dan October-diiringi muzik secara langsung dan pasar di Pantai Town. Burung hijrah membuat keriuhan apabila mereka terbang dari Siberia antara September dan April. Saksikan mereka di Broome Bird Observatory di Roebuck Bay.

Idea Australia selanjutnya