Jalur Pantai

Jalur Pantai

Terokai pantai, lautan dan pulau yang masih murni yang menjadi paksi cara hidup di Australia.
Di mana sahaja anda menemui tempat-tempat ini, pantai berpasir putih bersih kami benar-benar seperti yang anda bayangkan - lengang, masih tidak terusik dan amat menakjubkan.  Izinkan diri anda terpesona oleh tempat yang tersenarai dalam Warisan Dunia, bersantai di tempat beristirehat di pantai atau nikmati ikan dan kentang goreng di tepi pantai.  Bagaimanapun anda memutuskan untuk menikmati jalur pantai kami, ombak yang memecah pantai dan bayu laut sepoi-sepoi bahasa kesemuanya sebahagian daripada gaya hidup yang pasti menambat hati anda hingga berat untuk meninggalkannya.

Tujuh kaedah untuk menikmati jalur pantai

Anda pasti suka syurga gaya baru kami, yang tersohor dengan pantai luncur air yang begitu indah dan gaya hidup yang menggabungkan ala hippie dan keseronokan hedonistik.  Di sini anda boleh belajar meluncur air dengan pakar tempatan, dan bersiar-siar berjalan kaki sewaktu matahari terbit di sepanjang Laluan Jalan Kaki Cape Byron, atau tunggang ombak besar di The Pass.  Ini semua boleh dilakukan di antara minum latte, melakukan analisis aura dan pastinya membaca nasib juga.

Anda tidak boleh ketinggalan daripada mengalami Whitsundays - 74 pulau, dihiasi palma, yang masih murni tersorok di tengah-tengah Terumbu Sawar Besar dan Laut Karang atau Coral Sea.  Di tengah-tengah pasir pantai putih bersih dan air suam berwarna biru kehijauan anda boleh mendekati hidupan marin, melihat karang berwarna-warni, bertarung dengan ikan yang dibela, menaikkan layar, berparti bersungguh-sungguh atau tidur sejenak di tepi pantai.  Oleh sebab hanya lapan pulau yang berpenghuni, anda pasti mendapati salah satu daripadanya belum tercemar dek sentuhan manusia.

Destinasi percutian ikonik ini menawarkan 70 kilometer pantai yang disinari mentari, hutan hujan yang tersenarai dalam Warisan Dunia, taman tema dan tempat beli belah tanpa henti dan gaya hidup malam yang menarik.  Temui ikan lelumba dan beruang kutub di taman tema, tunggangi ombak besar atau lakukan perjalanan sehari ke sebuah pulau.  Berparti sepanjang malam, dan setelah itu terokai pedalaman sub tropika di sini.  Di “pantai yang paling meriah” di Australia bergembira adalah segala-galanya dalam kehidupan.

Terokai pantai renang dan meluncur air terkemuka, perkampungan pesisir teluk bersejarah dan pemandangan indah yang tidak ternilai di semenanjung yang amat indah di Port Phillip Bay yang terletak hanya sejam ke selatan Melbourne.  Lakukan treking di pesisir pantai yang lasak, melewati gomok pasir, pantai, cenuram dan rumah api.  Kemudian tinjau koala di Pulau French, berenang dengan ikan dolfin dan anjing laut di Sorrento dan berhenti makan tengah hari di ladang anggur atau dusun zaitun dengan pemandangan laut yang indah.

Wilayah wain terkemuka ini juga merupakan syurga semulajadi bagi pantai luncur air, hutan pepohon karri yang menjulang ke langit serta gua bawah tanah dan laluan belukar.  Makanan dan wain di ladang anggur yang enak digabungkan dengan ombak luncur air bertaraf dunia di 75 buah pantai.  Berenang dalam kedinginan air jernih di Bunker Bay, tunggangi ombak luncur air yang memecah pantai di Surfers Point, dan saksikan ikan paus serta terokai gua di Cape Leeuwin.  Di Sungai Margaret pemandangan yang terunggul serta kehidupan gaya atasan bergabung menjadi satu. 

Anda boleh menikmati pantai semula jadi yang belum tercemar tanpa diganggu di Semenanjung Freycinet yang memukau.  Yang paling terkenal ialah Wine Glass Bay, dengan pantai lengkung putih bersih dan lautan berwarna firus berlatarkan puncak granit merah jambu dan kelabu.  Nikmati pemandangan memukau selepas mendaki dari Coles Bay atau melakukan treking di laluan mencabar dari kemuncak Gunung Amos.  Atau hayati kehidupan di syurga jalur pantai dengan berkayak, berenang dan menyelam skuba.

Menyelam atau bersnorkel untuk meninjau bangkai kapal dan hidupan marin, kunjungi ladang anggur atau tunggangi ombak luncur air di syurga permainan tepi pantai, hanya dengan memandu selama sejam ke selatan dari Adelaide.  Tinggal di perkampungan kecil tepi pantai Port Noarlunga dan Victor Harbor atau pekan tepi sungai Goolwa.  Berendam seketika di Horseshoe Bay yang cukup sempurna, luncur angin di Pantai Sellicks atau menyelam di Rapid Bay.  Lihat hutan purba dan kunjungi kilang wain tempatan.  Berjalan merentas tanjung tinggi yang menakjubkan dan hampiri hidupan liar peribumi.  Tidak hairanlah mereka mengatakan bahawa jalur berbentuk penyangkut baju ini mempunyai segala-galanya.

Jalur Pantai

Idea Australia selanjutnya