Lebih lanjut mengenai pedalaman Australia

Lebih lanjut mengenai pedalaman Australia

Ketahui lebih lanjut mengenai kawasan pedalaman Australia – tempat di mana dataran menganjur tanpa penghujungnya dan orang boleh bercerita tanpa henti.

Ia dipanggil kawasan selaran matahari. Namun begitu, di gurun yang panas membahang ini anda masih boleh menemui sayur-sayuran yang berbunga-bunga dan lekukan berair dengan tumbuhan menghijau.  Anda boleh dapati bukit-bukau yang kemerahan dan cahaya mentari terbenam yang merah menyala, tapak kaki dinosaur dan ukiran Orang Asli Australia, pelbagai ragam dan pub desa.  Di tempat yang luas terbentang ini, pengalaman dan cabaran baru menanti anda di segenap ceruknya.



Enam destinasi kawasan pedalaman yang mesti dilihat:

Flinders Ranges, Australia Selatan
Flinders Ranges, SA

1. Flinders Ranges, Australia Selatan

Buat penerbangan merentasi pemandangan yang cantik dan lihat keindahan lembangan batuan Wilpena Pond di bawah anda, dan kemudian terokai lubang air legenda di Flinders Rangers.  Selepas itu, kunjungi pub yang mesra dan uji rasa beberapa bush tucker yang terkenal di kawasan tersebut sambil berbual mesra dengan penduduk setempat.

Longreach, QLD
Longreach, QLD

2. Longreach, Queensland

Sertai unggun api dan dengari puisi penduduk kawasan pedalaman tanah air kerohanian Australia yang berbelukar.  Di sini anda boleh ketahui mengenai sejarah kawasan pedalaman dan penduduk yang mendiaminya di Hall of Fame Stockman.  Tempat asal pakar bedah terbang yang pertama di dunia dan tempat lahirnya syarikat penerbangan negara kita, Qantas, banyak sekali perkara yang boleh dilakukan di pekan kawasan pedalaman yang terkenal ini serta di kawasan sekitarnya.

Broken Hill, NSW
Broken Hill, NSW

3. Broken Hill, New South Wales

Temui landskap gurun yang tersendiri dan oasis tasik di sekeliling bekas pekan perlombongan yang diketahui sebagai Silver City.  Pernah menjadi lombong perak, plumbum dan zink yang terbesar di dunia, Broken Hill kini terkenal dengan artisnya, yang melahirkan inspirasi dari pandangan darat bercahaya terang dan mewah.  Nikmati keindahan alam kala senja di sekitar Living Desert Sculpture, lihat burung-burung di sekitar Menindee Lakes dan jalani pelajaran radio di dalam kelas maya yang terbesar di dunia di School of the Air.

Glen Helen Gorge, NT
Glen Helen Gorge, NT

4. Glen Helen Gorge, Wilayah Utara

Setelah mendaki MacDonnell Rangers, anda pasti sangat gembira apabila tiba di lekukan air Glen Helen Gorge yang luas, dingin dan menyegarkan.  Mandi-manda dan berenang di dalam air yang menyegarkan, kemudian dirikan khemah anda di bawah langit yang cerah.  Anda mungkin juga ternampak walabi batuan berkaki hitam.

Argyle Lake, Kununurra, WA
Argyle Lake, Kununurra, WA

5. Kununurra, Australia Barat

Jelajahi rabung dan banjaran yang berusia 350 juta tahun dan lihat di mana berlian merah jambu yang jarang dijumpai itu dilombong.  Sertai rodeo tempatan dengan menunggang lembu, tangkap barramundi yang besar atau sertai orang ramai di perlumbaan kuda kawasan pedalaman.  Nikmati keretah sebagai hidangan makan malam di restoran perkhemahan terpencil dan kagumi Argyle Lake yang luas terbentang dan menakjubkan.  Walau apa cara sekali pun anda alami kawasan yang berbeza-beza ini, anda pasti tidak dapat melupakannya.

Murray River, Mildura, Victoria
Murray River, Mildura, VIC

6. Mildura, Victoria

Oasis kawasan pedalaman yang menyuburkan ini di Murray River adalah dikenali dengan sinaran mentari yang berpanjangan, ladang anggur yang cantik dan pandangan darat qamari purba.  Jelajahi budaya Orang Asli Australia di bukit pasir Mungo Lake atau di Willandra Lakes yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia yang mengagumkan.  Nikmati makan malam di restoran yang memenangi anugerah atau bersiar-siar merentasi tempat penghasilan wain dengan menaiki bot rumah atau kapal stim kayuh yang bersejarah.  Lihat pemandangan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau dan matahari terbenam yang menakjubkan dari belon udara panas atau nikmatinya dari kenderaan pacuan empat roda.

Kawasan pedalaman

Idea Australia selanjutnya