Yarra Valley

Yarra Valley, Victoria

Yarra Valley

Yarra Valley merupakan kediaman lebih daripada 80 kilang wain, dari yang kecil dan dimiliki keluarga kepada estet yang luas. Wilayah ini masyhur kerana ia menghasilkan Pinot Noir dan wain membuih yang terbaik di Australia, di samping sebilangan wain cuaca dingin yang lain. Ia merupakan wilayah wain yang pertama sekali ditanam di Victoria begitu lama dahulu pada tahun 1838. Wilayah ini dikenali dengan hasil taninya yang segar termasuk ikan salmon air tawar, trout dan kaviar, buah-buahan serta sayur-sayuran organik dan keju serta jem buatan tangan. Ikuti salah satu laluan wain pandu sendiri dan isikan hamper perkelahan anda di sepanjang laluan Yarra Valley Food Trail atau di pelbagai pasar makanan segar yang besar.

De Bortoli Yarra Valley Estate merupakan kilang wain terbesar dan tertua di wilayah ini. Seni bina Tarrawarra Estate yang moden kelihatan sangat berbeza. Lihat bagaimana wain premium dibuat dalam lawatan di sebalik tabir dan rasa wain yang sedang mematang terus dari tahangnya.

Wilayah ini dikenali dengan hasil taninya yang segar termasuk ikan salmon air tawar, trout dan kaviar, buah-buahan serta sayur-sayuran organik dan keju serta jem buatan tangan. Isikan hamper perkelahan anda di sepanjang laluan jejak Yarra Valley Food Trail yang dipandu sendiri atau di pelbagai pasar makanan segar yang besar.

Yarra Valley juga mempunyai sejarah pembuatan bir yang lama dan pembuat bir kraf tempatan mengalu-alukan kedatangan pelawat ke kilang bir mikro mereka untuk merasa bir dan cider keluaran mereka.

Ikuti antara banyak jejak wain pandu kendiri atau reka laluan anda sendiri di antara tempat simpanan wain bawah tanah tersebut. Untuk menyaksikan keindahan lembah ini dari sudut yang lain, naik ke langit ketika fajar menyingsing dengan menaiki belon udara panas sebelum mendarat di ladang anggur untuk menikmati sarapan wain yang membuih dan hasil tani yang baru sahaja dipetik.

Keindahan musim Yarra Valley yang berubah-ubah telah memberi ilham kepada banyak pelukis landskap terawal di Australia. Pada hari ini, ia merupakan kediaman komuniti tertua para pelukis Australia dan anda boleh melawati galeri dan studio tempat mereka bekerja.

Di Healesville Sanctuary, anda boleh melihat koleksi terbesar hidupan liar asli Australia, termasuk burung pemangsa, dingo, koala, kanggaru dan wombat yang menakjubkan. Bersiar dengan memandu kereta melalui Black Spur ke kampung Marysville yang menawan. Nikmati alam semula jadi di taman negara Yarra Ranges National Park, Toolangi State Forest atau Kinglake National Park. Nikmati kicauan burung bell atau cuba lihat burung lyre di lelurah paku pakis hijau dan hutan pokok ash pada gunung berkabus di taman negara Dandenong Ranges National Park.

Dalam bulan Februari, ketua tukang masak dari kebanyakan kilang wain ini mengadakan jamuan dengan diiringi muzik langsung di pesta Yarra Valley Grape Grazing Festival.

Yarra Valley terletak kira-kira satu jam pemanduan ke timur laut Melbourne. Tiada kenderaan awam ke lembah itu, jadi cara terbaik untuk pergi ke sana adalah dengan menyertai lawatan atau menaiki kereta sewa. Malah anda boleh melawati ladang anggur ini dengan menaiki kereta kuda atau limousin berpemandu.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia